Posts tagged UTP
Baju 1UM SMK Kota Kulai 1, Kulaijaya
Nov 4th
Salam singgah bikintshirt kepada semua… Bagi yang dah selalu kat blog ni terima kasih banyak-banyak sebab support kami di bikintshirt.com. Baru ade masa nak update post pada kali ni. Jobs terbaru dah siap dan dah di poskan pun ke Sabah. Rasanya minggu depan sampai la kat Sipitang, Sabah. Insyallah… Tapi post kali ni bukan pasal tshirt orang2 Sabah ni. Che Li nak kongsi satu jobs dekat-dekat rumah Che Li jek. Tshirt yang Che Li dapat dari budak2 SMK Kota Kulai 1. Macam biasa lakan, kawan2 Che Li yang bagi jobs… hehehe… best gak ada kawan2 yang support bikintshirt.com ni kan?
Macam biasa lakan… Tunjuk production lines.
Tshirt budak2 nie Che Li wat dalam 2 hari. Boleh wat satu malam jek kalau ikut kan hati. Tapi sebab Che Li lone ranger dalam biz ni, kena la jaga2 kesihatan kan? Kena rehat gak. Lagi pun nak jaga lama bikintshirt.com ni. Kang sakit susah jugak. Tengok la tahun depan ada tak perubahan yang nak di buat mana tau ada pembantu. Sekarang ni pun wife Che Li – Che Nisak dah mula tolong sikit2… dia leh lak minat nak tolong sejak kebelakangan ni. Ada makne la tue kan… hehehehe…
Close up print belakang. Dua warna jek.
Che Li memang suka print tshirt round neck. Sebab tempat nak print memang senang nak banding tshirt berkoler. Tapi tak la beza sangat. Masuk tshirt ni Che Li dah cover 5 sekolah kat kulai ni. Mungkin tahun depan nak cover semua… yang penting support dari kawan2 sekeliling. Mana tau bikintshirt.com jadi sinonim bila wat tshirt kat kulai ni. Insyaallah…
Bagi yang berminat nak cuba perkhidmatan bikintshirt.com leh la CONTACT atau EMAIL Che Li, Kalau susah sangat CALL jek kan… Yang penting tanya dulu/bincang kan kan kan. Jangan segan… “JOMBIKINTSHIRT” di bikintshirt.com….. Akhir sekali bubbye…..
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
UTM Rowing Team – Varsity Boat Race 2010
Oct 31st
Salam bikintshirt kepada semua. Pekaba… Sejak kebalakangan nie mood nak update blog nie semakin baik. Insyaallah banyak lagi yang akan di updatekan… kalau ade la jobs lagi kan… hehehhe… Apa-apa pun bikintshirt.com nie dah setahun dah umurnya… Sebenarnye dah terlepas pandang. bikintshirt.com nie genap setahun pada 23.10.2010…. semoga sukses selalu.
Untuk post kali nie bikintshirt.com nak kongsi satu lagi jobs dari budak2 UTM nie. Diaorang pun dah semakin maju… rasanya tak lama lagi dah boleh jalan sendiri dah… Alhamdulillah. Terus maju hendaknya… mana la tau kan Che Li lak bg jobs kat diorangkan… hehehe…
Print belakang. Warna hitam dan simple jek.
Tshirt yang budak-budak nie bagi jenis microfibre. Kain mahal la jugak. Tshirt budak-budak nie yang punya. Diaorang dapat supplier kat tempat lain. Memamng selalu cam tue… diorang tak cukup masa nak belajar dan print tshirt… hehehe.
Print di depan dua warna hitam dan merah.
Nak print tshirt microfibre nie leceh cikit. Sebabnye kena pakai gam baru selalunya… Sebab susah lekat kat papan. Bahaya kalau wat print 2 ke 3 warna. Design depan nie memang Che Li suke. First time tengok dah berkenan. Che Li memang suke design orang lidi nie… Mungkin bikintshirt.com nak juga wat tshirt sendiri la… Nak try jual boleh tak… tunggu jek la eay…
T-shirt lepas print kat belakang.
JOM BIKINTSHIRT…. Pada semua yang berminat leh la CONTACT dan EMAIL Che Li… Kadang-kadang CALL pun okey jugak…. Sudi2 sudi la yea… Kalau tak wat baju pun singgah2 la selalu tengok apa yang best dan terkini… Sebabnya kalau tengok kat Page manu kat atas tue ade page baru yang Che Li letak… BIKINBANNER. Masih under construction lagi… Insyaallah banyak lagi yang akan ade kat sini… Bubbye…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
5 Teknik SMK Taman Putri
Oct 29th
Salam bikintshirt kepada semua. Minggu nie masih lagi sibuk lagi dengan jobs yang semakin bertambah buat bikintshirt.com. Alhamdulillah… Ada berita baik lagi ni nak bagi tau. Insyaallah tak lama lagi bikintshirt.com bukan sahaja print tshirt, kami juga akan menawarkan perkhidmatan seperti mencetak non-woven bag dan digital printing untuk banner, bunting dan juga billboard. Untuk area Kulai dan JB insyaallah bikintshirt.com akan menyediakan perkhidmatan billboard termasuk pemasangannya sekali. Maksudnya bikitshirt.com akan mempelbagaikan perkhidmatannya. Apa-apa pun terima kasih kat semua yang support bikintshirt.com yea.
Berbalik kepada tajuk post kali nie, Che Li dapat dari sekolah wife Che Li. Tshirt kali ni warna krim dan coklat. Printing pun satu warna jek – coklat. Designnya pun simple tak la serabut sangat.
Che Li paling suka kalau tshirt warna cerah-cerah macam nie. Rasa ramai dah tau kan. Kenapa?…. Sebabnya nak print tak perlukan underbase, print terus jek.
Print di belakang. Nama disusun dalam bulatan.
Design di blakang tshirt nie Che Li ubah dari asal. Jadikan bulat. Nasib baik la diaorang suka… alhamdulillah… Nama individu Che Li warna kan hitam. Masa gambar kat atas nie Che Li ambil tak wat lagi print nama individu tue. Lupa pun yea jugak…
Print di depan 5 Teknik dalam pelbagai jenis font.
Design depan nie kira ulangan design budak 5 Science sekolah Che Li sebenarnya. Bebudak nie berkenan, so ikut jek la kan… Customer always right kan? hehehehe
Print depan dah siap dah. Belakang belum lagi.
Simple dan memang cantik bila tengok bebudak tue pakai. Sekarang nie Che Li banyak wat baju custom made jek… nampak pelbagai cikit… tapi yang simple-simple dula la kan. Sebab point utama bikintshirt.com nak tawarkan harga yang kompetatif kat pasaran. Untung semua nak untung kan. Tapi bikintshirt.com nie projek jangka panjang dan still leraning from the best. Sebab tue kalau ade yang nak bertanya dan minta bantuan Che Li layan jek dan jawab selagi mampu. Lagipun Che Li nie masih belajar lagi sebenarnya. Bagi yang nak berkecimpung dalam perniagaan rasanya mula la secara kecil-kecilan dan jangan tamak nak jual macam-macam. Buat satu-satu. tapi kalau dah memang kaya atau mak abah memang orang berada terus jek lakan ikut hati… Tp apa-apa pun kena ada minat dan pengetahuan kan?……
Nie la tshirt yang dah siap. Design di depan dan di belakang.
Ha ni la bajunye bila dah siap… Design depan dan belakang sekali gus… Insyaallah baju-baju custom made nie memang best kualitinya… Tak cerut dan kecut bila basuh… bikintshirt.com jamin tue… So kepada yang berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li. Tapi kalau dah sehari ke dua hari takde maklumbalas CALL jek terus yea… Ok la sampai sini dulu yea….“JOM BIKINTSHIRT”… bubbye…..
Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK









