Posts tagged usahawan
Lagi Baju Budak SMK Kelapa Sawit
Nov 14th
Salam bikintshirt kepada semua…. Rasanya ramai tunggu post baru dari bikintshirt.com kan? Tapi tak seperti yang ditunggu… heheheh…. Ramai tunggu pasal projek pertama dengan sistem marking yang baru Che Li buat minggu lepas kan? Kena sabar cikit rasanya… Dah ada dah satu projek pakai sistem marking tu, cuma nak postkan tshirt terdahulu ni kat bikintshirt.com terlebih dahulu… Kena sabar la ye kan…
Print 3 warna kat blakang tshirt.
Design depan dan belakang tshirt.
T-shirt ni lain cikit, sebabnya tshirt krim tapi koler ngan lengan warna hitam. Selalunya kalau tshirt krim, koler ngan lengan warna coklat gelap. Tapi menarik ak kalau wat eksperimen ngan warna ni… nampak la kelainan kan kan kan…..
Design depan yang memang simple.
Macam biasa la kan… printing tshirt yang cerah2 nie memang senang. Che Li tak amik masa lama nak siapkan printing tshirt nie. Kalau lambat pun sebab masa memang packed sangat… kena rehat2 jugak… kan? Kalau tengok leher tshirt ni jenis v-neck. Firts time wat custom v-neck…. best jugak. So sape2 berminat nat wat tshirt custom boleh call Che Li… Insyaallah boleh wat nye… hehehe…. Sape2 nak beli tshirt kosong boleh la call Che Li, nak try supply tshirt custom made round neck ngan v-neck kat mereka2 yang memerlukan…. boleh kan? Bagi yang nak wat baju boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li atau CALL kalau Che Li tak pasan yea… Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT” dan bubbye to all……
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
Meja Printing Tshirt
Nov 7th
Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.
Meja yang dah ade Sistem Marking.
Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….
Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…
Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK
Tshirt Pelajar SMK Teknik Perdagangan JB
Nov 5th
Salam bikintshirt kat semua. Ni tengah ada masa ni Che Li nak update la blog ni, sebab jap lagi nak keluar amik tshirt kat supplier. Post kali ni Che Li dapat dari budak2 SMK Teknik Perdagangan JB. Budak2 ni tau bikintshirt.com pun dari kawan2 diorang sendiri kat area kulai ni. Okey la kan… nama bikintshirt.com dah semakin tersebar. Alhamdulillah…
Print kat depan. Masih tak siap lagi.
Tshirt budak2 nia Che Li wat untuk Raya. Kan nampak ada announce RAYA kat baju tu. Memang post2 Che Li sebenarnya tshirtnye dah siap awal dah. Che Li update pun bila ada kesempatan jek… Lone Ranger la katakan…
Yang ni dah siap print hijau floro dan pink.
Jobs ni pun tak leceh sangat. Simple dan senang nak completekan. Macam Che Li bagi tau pada post lepaskan, Che Li memang suka dapat jobs tshirt round neck. Lagi2 kalau print job pun simple macam satu ke dua kale… hehehehe… Selalunya budak2 remaja suka round neck cuma kadang2 bila melibatkan nak pakai kat sekolah kena la wat tshirt berkoler kan. Apa2 pun yang pasti semua pakai ikut suka masing2 kan.
Close up bahagian belakang tshirt.
Bila dah siap satu2 jobs tu kan, memang rasa puas, nak2 kalau dapat tengok customer pakai tshirt yang kita buat… memang puas. Kalau tak caya tanya la sapa yang wat tshirt kat luar tu. Sekarang ni ramai dah mula nak buat biz ni. Kebanyakannya budak2 muda. Sejak blog bikintshirt.com ni mula dikenali, ramai yang bertanya kat email, sms dan ada jugak yang call. Che Li cuba bantu sedaya yang mampu. Sekurang-kurangnya dapat la berkembang industri tshirt ni kan… So sape2 yang berminat nak belajar ke nak tempah tshirt ke boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li atau pun CALL jek kan. Jangan segan sudah la…. “JOMBIKINTSHIRT”…. bubbye……
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK











