Posts tagged usahawan

TShirt pertama menggunakan “Registration Point”

Salam bikintshirt kepada semua. Rasanya ramai yang tunggu post pertama Che Li pasal printing tshirt menggunakan “Registration Point” kan. Che Li selalu cakap “Marking Point”. Sama jek bendanya, cuma sebutan jek lain2…. Jobs pertama nie tak la mencabar sangat cuma mencepatkan kerja jek… Tshirt kali nie print putih dan hitam – dua warna sahaja. Jom layan…

Blok dan tshirt sebelum diprint.

Kat atas blok tue boleh nampakkan penanda yang digunakan.

Kat gamba atas tue boleh la nampak secara kasar macam mana registration point tue berfungsi. Senang jek bila pakai sistem nie. Nak print tshirt pun cepat.

Tshirt selepas diprint. Dua warna semuanya.

Gambar kartun dan nama nie tak pakai “Registration Point”. Pakai sistem tekap jek. Kenapa?

Untuk gamba kat atas nie, Che Li tak pakai “Registration Point” sebabnya setiap tshirt pakai nama yang berbeza2. Kalai nak pakai “Registration Point” memang tak sesuai. Sebenatnya “Registration Point” nie hanya sesuai jika kita nak print design yang sama berulang-ulang kali dan dalam tempoh yang singkat. Memang berguna sangat pada sesiapa yang ade meja panjang. Memang kena pakai sistem ni. Memang berbaloi-baloi….

Sebalum Che Li undur diri pada post kali nie, jangan lupa singgah2 selalu dan sesiap yang berminat nak wat tshirt bolehla CONTACT atau EMAIL Che Li atau CALL jek terus… yang penting “JOMBIKINTSHIRT DAN BIKINBANNER”….. bubbye…

Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK.

*tunggu untuk post “Regsitration Point” pada update akan datang. Pasti menarik perhatian anda…….

SMK Pengiran Omar II

Salam bikintshirt. Bagi yang beragama Islam Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. Ramai dah balik kampung agaknya. Macam Che Li family semua area Kulai ngan JB jek… so balik kampung tue macam g jalan-jalan jek la kot… Apa2 pun pandu cermat jiwa selamat untuk semua yang memandu sendiri balik kampung yea… Yang naik bas, perati2 kan driver bas tue… kalau lain macam jek gaya nya gi sergah hehehe… tp jangan sampai terbabas lak… Berbalik pada post kali nie, Che Li nak kongsi satu job dari jauh. Che li dapat job dari Sabah, job paling jauh setakat nie. Alhamdulillah… Dan lepas job nie semua job akan pakai sistem marking… Rasanya ramai yang tunggu job pakai marking tue kan… Tapi sekarang layan la dulu job dari Sabah nie yek…

Tshirt kosong. Hijau dan Hitam.

Tshirt nie semuanya custom made. Suka buat tshirt custom made sebab kalau ready made senang sangat jumpa tshirt yang serupa. Lagi pun memang nak fokus wat custom made sebab nak keluar label sendiri tahun depan… Insyaallah…

Print Hijau dengan base putih. Hijau tu baru sekali print.

Setelah 2 kali print. Nampak lebih hijau florokan.

Tshirt nie printing satu warne jek. Hijau floro dan print depan belakang tambah dengan nama individu kat kaki depan baju.

Ni imej yang Che Li print belakang tshirt tu.

Yang ni masa Che Li sterika imej yang dah siap tu. Kenapa???

Kalau tengok gamba kat atas tu, Che Li tengah seterika imej yang Che Li printkan? Kenapa? Sebabnya imej yang diseterika kan lebih tahan lama, imejnya juga akan lebih berkilat dan naik warnanya. Selain daripada itu imej yang diprint akan jadi lebih licin, lembut dan lebih rata. Tapi kenala buat masa dye dah betul2 kering kalau tak melekat lak kat kertas atau plastik pelapis tue.

Lepas seterika tanggalkan perlahan-lahan.

Ingat yea, plastik yang Che Li pakai tu tahan panas, jangan pulak pakai plastik sebarangan yea. Kalau nak jimat pakai la kertas A4.

Ni masa nak packing dan pos ke Sabah.

Ni la job pertama dari Sabah. So sesiapa dari seberang sana, sudi2 la wat tshirt ngan Che Li. Bagi design dan discuss, lepas tue tunggu jek tshirt sampai. Senang kan… Kalau sudi CONTACT dan EMAIL Che Li atau terus CALL jek kan kan kan… “JOMBIKINTSHIRT”…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

Dua Hati Bersatu

Salam bikintshirt kat semua, masih lagi belum nak update pasal projek marking sistem tue… Ade lagi jobs yang nak Che Li updates kat sini. Sabar yek… Job yang nak Che Li postkan pada malam nie Che Li dapat dari saudara Faiz dari “Pusat Fotokopi Razak-PFR”. Memang selalu dapat job kenduri kawin atau rewang. Cakap pasal kawin atau rewang nie nak promote la bikinbanner kat cini. Sape2 nak tempah banner kawin kat Che Li leh la CONTACT Che Li yea… Boleh discuss harga ngan Che Li. Ada pakage dari 400 dpi ke 1440 dpi. Harga lak dari serendah RM 2.00 hingga la ke RM 8.00 ikut material. Che Li ade meterial dari tarpulin, sintetik paper dan sintetik pvc. Meriah kan dah bikintshirt.com nie… macam2 ada… Apa2 pun jom layan baju ni dulu…

Design depan. Tiga warna semuanye.

Design belakang. Semua “PFR” yang design.

Berbalik pasal tshirt nie… masih lagi takde pakai marking, main pakai tekap jek… Kala oren nie kira baju cerah lakan, so tak payah la nak banyak ulang, dua kali pun dah cukup…

Tshirt lepas print belakang.

Design depan lepas print.

So sape2 nak kawin dan nak juga lakan geng rewang majlis pakai tshirt cam nie, leh la CONTACT atau EMAIL Che Li, nak CALL pun okey jugak… dan jangan lupa “JOMBIKINTSHIRT”… bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK



Related Posts with Thumbnails