Posts tagged Tips
Post Tahun 2012 – Baju Silverstone Kedai Tayar Kulai…
Feb 4th
Salam meriah tahun 2012, Salam bikinthirt jugak kat semua…. Lama tak update kan? page rank pun dah jatuh… huhuhu… Che li selalu update kat facebook bikintshirt.com tapi facebook nie tak tentu statusnya… si Zukerberg nie kejap nak tutup dan kejap tak… So rasannya kat sini lebih stabil kan?
Untuk post kali nie atau lebih tepat post pertama tahun nie, Job yang mula2 Che li buat ialah baju F1 budak2 sale girls kedai tayar Silverston di sekitar Kulai… Jom kita tengok cikit gambar2nya…
Baju F1 Oren Sport… Logo Che Li Print…
Sori la yea gambarnya tak berapa jelas… Tak pandai Che Li nak pakai Camera Olympus nie… rasanya memang tak bagus la… tak macam powershot Che Li yang rosak tue… takpe nak cari duit lagi… boleh la beli DSLR plakkan… hehhehe…
Logo “Silverstone International Motorsports” nie Che Li print… mula2 nak sulam tapi bincang punya bincang untuk cut cost customer mintak print jek… So customer always rightkan… Che Li jarang nak buat Shirt F1 nie… sebab lebih suke fokus kat tshirt. Tapi kalau ade yang berminat Che Li turutkan juga… hehhe…
Begitu la sedikit sebanyak mengenai job pertama tahun nie… setelah 3 bulan bikintshirt.com berehat dah tiba la mase untuk bekerja pulak… Bagi yang selalu singgah sini singgah la lagi yea… insyaallah ade banyak lagi yang Che Li akan kongsikan… Tahun nie ade projek baru yang nak Che Li kongsi.. Memang semua kan lebih bersemangat punya… lagi2 yang dah mula buka biz nie… ape dia… ha tue kena la tunggu… JOM BIKINTSHIRT dan Sharing Is Power… Salam Muhibah dan jumpa lagi… Selamat Bertshirt…
Salam Sayang Dari:
CHE LI & CHE NISAK
*tips: Nak pastikan blok anda tak bergoyang dan senget.. senang jek… pasang angle yang ade dijual kat hardware… insyaallah tak bergoyang dan senget…
*info: Next post Che Li nak kongsi pasal baju badminton pulak…
Baju TVXQ Neemo
Jun 7th
Salam bikintshirt dan salam 1Malaysia. Pekaba semua…. Mula2 sekali terima kasih kat semua yang masih setia dengan bikintshirt.com nie. Maklum la wat post pun dah masuk sebulan sekali jek kan? Sowey banyak2… Che Li cuba sedaya upaya untuk updatekan bikintshirt.com nie sekerap yang boleh. Rasanya nak mintak bantuan Che Nisak la manage blog nie… Tengok la nanti kan… hehhee
Job kali nie lama dah Che Li siapkan… Kira job nie sekadar nak kongsikan dengan semua yang setia dengan bikintshirt.com nie… Lagi pun job nie ade problem dengan masa untuk disiapkan. Terlalu banyak job yang datang masa tue, sampaikan baju nie lambat sangat nak disiapkan. Ape2 pun terima kasih sangat kat Neemo sebab banyak bersabar dengan kelewatan untuk baju nie disiapkan…
Design kat belakang di bahagian kaki baju.
Untuk job nie banyak Che Li belajar dari kesilapan. Kalau dulu ade problem dengan baju “Blogger We Care” tapi bila benda yang sama berulang rasanya Che Li kena tau kapasiti kemampuan untuk menyiapkan satu2 job. Perkara2 diluar jangkaan juga perlu diambil kira supaya tak menjejaskan jangka masa sesuatu job itu perlu disiapkan.
Baju-baju yang dah disiapkan – depan.
Design belakang yang dah siap diprint.
Ok la kita berbalik kat baju2 nie plak. Untuk design depan dan belakang, total blok yang digunakan lebih kurang 13 buah blok. Banyakkan? Memang makan masa dan tenaga, tapi bila dah siap memang puas hati melihatnya. Ini adalah antara job yang paling Che Li suka sebab diluar kebiasaan Che Li selalu buat.
Sebahagian Blok yang digunakan.
Rasenya tak sampai 13 blok la… sebab ade beberapa warna Che Li kongsikan pada satu blok. Kira tips berguna jugak la kan untuk menjimatkan masa expose dan jumlah blok yang perlu dibuat… betul tak?
Lega rasenya bila job nie dapat disiapkan akhirnya. So untuk job2 akan datang Che Li akan cuba untuk manage masa untuk setiap jobs dengan lebih terancang dan tersusun. Inysaallah….Pada semua yang sentiasa bersama bikintshirt.com Che Li ucapkan berbanyak-banayk terima kasih dan bagi yang baru berkenalan dengan bikintshirt.com nie Che Li ucapkan selamat datang ke bikintshirt.com yea… Jangan lupa Call, SMS atau email Che Li yea… Akhir kata JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER. Bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
*tips : Kalau blok anda besar, cuba pertimbangkan untuk dimuatkan dua imej berbeza warna.
*info: Nantikan pelajar terbaru bikintshirt.com serta kaedah printing tanpa underbase.
Baju Atlet SMKKS Kulaijaya
May 4th
Salam bikintshirt dan salam 1Malaysia kepada semua… Pekaba semua yea… Lama tul tak update blog nie… Maaf yea… Cuba dah nak update tapi keja2 lain banyak lagi yang tertunggak… Ape2 pun jom layan post kali nie…
Baju-baju kat atas tue Che Li wat untuk sekolah Che Li. Yang biru untuk pelajar dan yang maroon untuk guru. Printingnya pun simple jek, warna putih. Selain baju nie ade baju track… kain jenis jersey dan custom made.
Nie baju track an d field untuk Atlet.
Tue la job yang sememangnya dah lama gak Che Li siapkan… hehehe… Bulan 4 dan 5 nie Che Li memang sibuk ngan benda2 lain. So job2 untuk baju tue tak banyak yang Che Li amik, sebab ade komitmen lain yang perlu jugak dijaga… Kebanyakan job semua dari sekitar kulai dan jb jek yang Che Li amik… Email pun jarang nak bukak tambah2 lagi hp Che Li lak rosak… cuma leh amik Call (0137449320) jek sebab button2 nya dah tak respond lagi… nak balas sms pun susah… So sape2 yang nak berurusan ngan Che Li sila2 la Call jek terus… insyaallah Che Li jawab… Akhir sekali salam sayang dari bikintshirt.com untuk semua…. bubbye…
Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK
*tips: Baju hitam sememangnya memerlukan base putih sebelum diprint warna lain di atasnya. Tapi ade gak cara lain… ha tue Che Li ajar untuk next post dalam minggu nie… insyaallah…
*info: Nantikan untuk teknik printing baju hitam tanpa based putih… tunggu yea…













