Posts tagged sukan

UTM Rowing Team – Varsity Boat Race 2010

Salam bikintshirt kepada semua. Pekaba… Sejak kebalakangan nie mood nak update blog nie semakin baik. Insyaallah banyak lagi yang akan di updatekan… kalau ade la jobs lagi kan… hehehhe… Apa-apa pun bikintshirt.com nie dah setahun dah umurnya… Sebenarnye dah terlepas pandang. bikintshirt.com nie genap setahun pada 23.10.2010…. semoga sukses selalu.

Untuk post kali nie bikintshirt.com nak kongsi satu lagi jobs dari budak2 UTM nie. Diaorang pun dah semakin maju… rasanya tak lama lagi dah boleh jalan sendiri dah… Alhamdulillah. Terus maju hendaknya… mana la tau kan Che Li lak bg jobs kat diorangkan… hehehe…

Print belakang. Warna hitam dan simple jek.

Tshirt yang budak-budak nie bagi jenis microfibre. Kain mahal la jugak. Tshirt budak-budak nie yang punya. Diaorang dapat supplier kat tempat lain. Memamng selalu cam tue… diorang tak cukup masa nak belajar dan print  tshirt… hehehe.

Print di depan dua warna hitam dan merah.

Nak print tshirt microfibre nie leceh cikit. Sebabnye kena pakai gam baru selalunya… Sebab susah lekat kat papan. Bahaya kalau wat print 2 ke 3 warna. Design depan nie memang Che Li suke. First time tengok dah berkenan. Che Li memang suke design orang lidi nie… Mungkin bikintshirt.com nak juga wat tshirt sendiri la… Nak try jual boleh tak… tunggu jek la eay…

T-shirt lepas print kat belakang.

JOM BIKINTSHIRT…. Pada semua yang berminat leh la CONTACT dan EMAIL Che Li… Kadang-kadang CALL pun okey jugak…. Sudi2 sudi la yea… Kalau tak wat baju pun singgah2 la selalu tengok apa yang best dan terkini… Sebabnya kalau tengok kat Page manu kat atas tue ade page baru yang Che Li letak… BIKINBANNER. Masih under construction lagi… Insyaallah banyak lagi yang akan ade kat sini… Bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

5 Teknik SMK Taman Putri

Salam bikintshirt kepada semua. Minggu nie masih lagi sibuk lagi dengan jobs yang semakin bertambah buat bikintshirt.com. Alhamdulillah… Ada berita baik  lagi ni nak bagi tau. Insyaallah tak lama lagi bikintshirt.com bukan sahaja print tshirt, kami juga akan menawarkan perkhidmatan seperti mencetak non-woven bag dan digital printing untuk banner, bunting dan juga billboard. Untuk area Kulai dan JB insyaallah bikintshirt.com akan menyediakan perkhidmatan billboard termasuk pemasangannya sekali. Maksudnya bikitshirt.com akan mempelbagaikan perkhidmatannya. Apa-apa pun terima kasih kat semua yang support bikintshirt.com yea.

Berbalik kepada tajuk post kali nie, Che Li dapat dari sekolah wife Che Li. Tshirt kali ni warna krim dan coklat. Printing pun satu warna jek – coklat. Designnya pun simple tak la serabut sangat.

T-shirt sebelum print.

Che Li paling suka kalau tshirt warna cerah-cerah macam nie. Rasa ramai dah tau kan. Kenapa?…. Sebabnya nak print tak perlukan underbase, print terus jek.

Print di belakang. Nama disusun dalam bulatan.

Design di blakang tshirt nie Che Li ubah dari asal. Jadikan bulat.  Nasib baik la diaorang suka… alhamdulillah… Nama individu Che Li warna kan hitam. Masa gambar kat atas nie Che Li ambil tak wat lagi print nama individu tue. Lupa pun yea jugak…

Print di depan 5 Teknik dalam pelbagai jenis font.

Design depan nie kira ulangan design budak 5 Science sekolah Che Li sebenarnya. Bebudak nie berkenan, so ikut jek la kan… Customer always right kan? hehehehe

Print depan dah siap dah. Belakang belum lagi.

Simple dan memang cantik bila tengok bebudak tue pakai. Sekarang nie Che Li banyak wat baju custom made jek… nampak pelbagai cikit… tapi yang simple-simple dula la kan. Sebab point utama bikintshirt.com nak tawarkan harga yang kompetatif kat pasaran. Untung semua nak untung kan. Tapi bikintshirt.com nie projek jangka panjang dan still leraning from the best. Sebab tue kalau ade yang nak bertanya dan minta bantuan Che Li layan jek dan jawab selagi mampu. Lagipun Che Li nie masih belajar lagi sebenarnya. Bagi yang nak berkecimpung dalam perniagaan rasanya mula la secara kecil-kecilan dan jangan tamak nak jual macam-macam. Buat satu-satu. tapi kalau dah memang kaya atau mak abah memang orang berada terus jek lakan ikut hati… Tp apa-apa pun kena ada minat dan pengetahuan kan?……

Nie la tshirt yang dah siap. Design di depan dan di belakang.

Ha ni la bajunye bila dah siap… Design depan dan belakang sekali gus… Insyaallah baju-baju custom made nie memang best kualitinya… Tak cerut dan kecut bila basuh… bikintshirt.com jamin tue… So kepada yang berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li. Tapi kalau dah sehari ke dua hari takde maklumbalas CALL jek terus yea… Ok la sampai sini dulu yea….“JOM BIKINTSHIRT”… bubbye…..

Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK

Perkhemahan Perdana SMKKS 2010

Salam kepada semua pagi-pagi rabu nie dan salam bikintshirt.com Nie rasanya post pertama Che Li buat pada awal-awal pagikan? Jobs kali nie untuk Perkhemahan Perdana Unit Ko Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit. Tshirt round neck la kan untuk budak-budak dan warna biru muda. Printing pulak tak la susah sebabnya print kat depan jek. Untuk baju budak-budak Che Li print besar warna putih dan untuk cikgu-cikgunya pulak Che Li print logo warna hitam.

Tshirt maroon dan print warna putih.

T-shirt biru muda dan print logo warna hitam.

Untuk jobs nie Che Li guna ENZO sebab jobs nie nak pakai cepat. Memang suka ngan kualiti baju ENZO nie. Tapi sekarang Che Li  suka pakai tshirt custome made sebab lebih fleksible dengan kehendak pelanggan. Cuma masa la yang jadi kekangan sebab tshirt custome made nie selalunye amik masa 2 hingga 4 minggu. Kalau paling cepat Che Li pernah wat, tshirt siap dua minggu. Itu pun sebab kilang tak pack dan Che Li tak banyak jobs masa tue.. heheehe.

Side by side tue. JOM BIKINTSHIRT

Baju-baju macam biasa la kan tunggu kering kat hall.

Nie la post Che Li pada pagi-pagi nie… Tunggu yea post Che Li yang akan datang dan terus support bikintshirt.com Kalau tak wat tempahan baju pun tak pe… singgah-singgah jek selalu untuk moral support bikintshirt.com kan… So sape-sape berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li yea atau CALL jek… Insyaallah Che Li akan sambut kedatangan anda… Akhir sekali “JOM BIKINTSHIRT”. bubbye…..

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK



Related Posts with Thumbnails