Posts tagged souvenirs

Dua Hati Bersatu

Salam bikintshirt kat semua, masih lagi belum nak update pasal projek marking sistem tue… Ade lagi jobs yang nak Che Li updates kat sini. Sabar yek… Job yang nak Che Li postkan pada malam nie Che Li dapat dari saudara Faiz dari “Pusat Fotokopi Razak-PFR”. Memang selalu dapat job kenduri kawin atau rewang. Cakap pasal kawin atau rewang nie nak promote la bikinbanner kat cini. Sape2 nak tempah banner kawin kat Che Li leh la CONTACT Che Li yea… Boleh discuss harga ngan Che Li. Ada pakage dari 400 dpi ke 1440 dpi. Harga lak dari serendah RM 2.00 hingga la ke RM 8.00 ikut material. Che Li ade meterial dari tarpulin, sintetik paper dan sintetik pvc. Meriah kan dah bikintshirt.com nie… macam2 ada… Apa2 pun jom layan baju ni dulu…

Design depan. Tiga warna semuanye.

Design belakang. Semua “PFR” yang design.

Berbalik pasal tshirt nie… masih lagi takde pakai marking, main pakai tekap jek… Kala oren nie kira baju cerah lakan, so tak payah la nak banyak ulang, dua kali pun dah cukup…

Tshirt lepas print belakang.

Design depan lepas print.

So sape2 nak kawin dan nak juga lakan geng rewang majlis pakai tshirt cam nie, leh la CONTACT atau EMAIL Che Li, nak CALL pun okey jugak… dan jangan lupa “JOMBIKINTSHIRT”… bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

Lagi Baju Budak SMK Kelapa Sawit

Salam bikintshirt kepada semua…. Rasanya ramai tunggu post baru dari bikintshirt.com kan? Tapi tak seperti yang ditunggu… heheheh…. Ramai tunggu pasal projek pertama dengan sistem marking yang baru Che Li buat minggu lepas kan? Kena sabar cikit rasanya… Dah ada dah satu projek pakai sistem marking tu, cuma nak postkan tshirt terdahulu ni kat bikintshirt.com terlebih dahulu… Kena sabar la ye kan…

Print 3 warna kat blakang tshirt.

Design depan dan belakang tshirt.

T-shirt ni lain cikit, sebabnya tshirt krim tapi koler ngan lengan warna hitam. Selalunya kalau tshirt krim, koler ngan lengan warna coklat gelap. Tapi menarik ak kalau wat eksperimen ngan warna ni… nampak la kelainan kan kan kan…..

Design depan yang memang simple.

Design belakang plak.

Macam biasa la kan… printing tshirt yang cerah2 nie memang senang. Che Li tak amik masa lama nak siapkan printing tshirt nie. Kalau lambat pun sebab masa memang packed sangat… kena rehat2 jugak… kan? Kalau tengok leher tshirt ni jenis v-neck. Firts time wat custom v-neck…. best jugak. So sape2 berminat nat wat tshirt custom boleh call Che Li… Insyaallah boleh wat nye… hehehe…. Sape2 nak beli tshirt kosong boleh la call Che Li, nak try supply tshirt custom made round neck ngan v-neck kat mereka2 yang memerlukan…. boleh kan? Bagi yang nak wat baju boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li  atau CALL kalau  Che Li tak pasan yea… Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT” dan bubbye to all……

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

Meja Printing Tshirt

Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.

Meja yang dah ade Sistem Marking.

Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….

Baru siap satu meja.

Marking pakai paku besar jek.

Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK



Related Posts with Thumbnails