Posts tagged Rewang

Baju Rewang Keluarga Sepakat Membawa Berkat

Salam bikintshirt. Kali ni Che Li nak kongsi satu lagi tshirt rewang dari PFR (Pusat Komputer Razak).  Ada dua set sebenarnya. Tapi Che Li nak post yang nie dulu. Kenapa? Sebab semua dah tengok tshirt nie pada post semalam. Kalau semalam cite pasal “Registration Point”, post yang nie plak cite pasal tshirtnya.

Print belakang.

Print depan. Macam dah tengokkan semalam?

Tshirt nie ade dua warna. Tapi kalau semua dah baca post semalam. Jumlah warna printing kesemuanya 7 warna dan jumlah blok 8 kesemuanya. Yang bestnye Che Li  tak Charge Blok untuk baju-baju yang Che Li print. Tak kirala berapa warnanya. Tue yang sepecial kat bikintshirt.com nie. Kenapa? Memang dah macam tue. Lagipun nak bersaing kena la ada kelainankan. Lagi pun bukan nak cepat kaya sangat. Lebih kepada nak dapat momentum dulu. Target bikintshirt.com lebih kepada dikenali ramai dulu. Nak kuatkan jenama dulu… hehehe…. Tue sebab selain amik tempahan tshirt Che Li kongsi ilmu sekali… Bak kata kawan Che Li MKN ACE “SHARING IS POWER”…. setuju sangat.

Yang belakang ni Che Li main pakai tekap jek.

Yang depan memang kena pakai “Registration Point”

Kenapa print yang kat belakang tu pakai tekap tak pakai “Registration Point” Jawapannya senang jek. Masih rindu nak menekap… heheheh… saja ngada2.  Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”. Jangan lupa kalau berminat CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus…. bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips : Nak print tshirt nie memang penat, tapi kena sabar. Kalau buat tergesa-gesa memang pressure dan produk tak cantik. Sia-sia jek.

**info : Nantikan langkah2 yang perlu diambil semasa membuat persediaan mencetak tshirt pada post akan datang. Memang menarik.

“Registration Mark” – 7 warna silkscreen

Salam bikintshirt kepada semua. Seperti yang dijanji, malam nie Che Li nak tunjuk dan terangkan la macam mana nak print 7 warna menggunakan kaedah “Regsitration Mark”. Mula- mula jom tengok gambar kat bawah nie…

Apa nie????

Gamba kat atas tue merupakan imej sebenar yang hendak diprint. Nampak tak “L-angle” tue. Sebelum Che Li tampal kertas tue kat meja tue, Che Li letak atas tshirt dulu. Che Li adjust2 la atas tshirt tue. Dah dapat kat mana nak print imej tue, Che Li ukur jarak kepala kertas tue ke kayu tengah. Kenapa kayu tengah? Sebab penanda berada kat kayu tengah tu. Nampak tak paku tue? Ha tu la penandanya. Kertas tue Che Li lipat tengah sebagai rujukan center tshirt. Amik kertas tu ukur jarak kepala ke kayu tengah, then lepas tu tampal dengan masking tape. Settle first step.

Tekap blok ke gamba tadi.

Step kedua ambil blok yang dah siap sebelum nie dan tekap atas gamba tadi. Contoh kat atas merupakan blok untuk base putih.  Tapi sebelum tu tengok gamba kat bawah ni dulu…

Tengok skru hitam tue dulu. Abaikan penanda “T” tue.

Sebelum atau selepas tekap, ikut suka la mana nak buat dulu. Kalay Che Li, Che Li pasang skru tue dulu kat kiri dan kan blok dulu. Then baru tekap. Masa tekap, kalau imej terkebawah, longgarkan skru tue. Kalau imej terlalu ke atas pulak, kena la ketatkan. Takpe2 nanti masa buat paham la. Satu lagi kegunaan skru nie ialah untuk adjust blok supaya tegak dan tindih tepat dengan imej. Maksudnye imej ngan blok tak sengat la, tindih betul2 sharp. Contoh kalau blok sengat ke kanan, longgarkan skru sebelah kanan dan ketatkan skru sebelah kiri. Kalau senget ke kiri plak, longgarkan skru kiri dan ketatkan skru kanan plak. Apa2 pun nanti masa buat paham la…

Pasang penanda “T” atau “L” kat blok.

Last step, bila imej ngan blok dah cun2 bertindih, amik pasang penanda “T” atau “L” kat blok. Pastikan penanda kat blok bersentuhan dengan penanda di kayu tengah. Penanda nie penting, sebabnya penanda nie memastikan blok akan jatuh kat atas tshirt pada kedudukan yang sentiasa sama pada setiap baju.

Hasil setelah 5 warna digunakan.

Ulang la untuk setiap blok bagi warna2 yang berbeza. Step yang sama diulang. Gamba kat atas  nie menggunakan “Registration Mark”. Memang senang dan cepat sangat nak print lima warna nie. Tak perlu bongkok, tekap dan penat kan mata dan sakit pinggang.

Final product.

Gamba kat atas tue hasil akhir setalah Che Li print 7 warna semuanya. Bermaksud 7 blok keseluruhan Che Li kena siapkan untuk job nie. Kalau tengok gamba2 kat atas nie, walaupun Che Li print gamba kecik, tapi blok Che Li memang bersaiz lebih dari A3. Kenapa?… Jawapannya senang nak wat “Regsitration Mark” tue jek… Macam membazir jekkan… Tapi kualitinye pasal, tiada kompromi.

Harap2 post kali nie lebih mudah difahamikan? Kalau tak paham jangan segan2 CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus yea… Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

*tips : Selain wat macam Che Li, ade juga member2 print test atas tshirt kosong dulu. Dah cun baru proceed kat baju2 lain. Sama jek konsepnya.

**info : Nantikan langkah2 yang perlu diambil semasa membuat persediaan mencetak tshirt pada post akan datang. Memang menarik.

Baju Rewang PFR – Pusat Fotostat Razak

Pekaba semua. Sihatkan?. Bagusla kalau semuanye sihat2 belaka. Bg yang ade keuzuran semoga cepat sembuh Che Li doakan. Dah 2 minggu rasenye post terakhir Che Li kongsi dengan semua kat luar tue. So, kali nie Che Li datang lagi dengan “Baju Rewang”. Semuanye kalau tak silap 70 helai. Design diorang yang reka. Che Li touch up cikit2 jek. Baju pun diorang yang beli, macam biase Che Li printkan jek. Jom tengok 2 keping gambar baju2 tue ek. Jom…

 Ni design kat  blakang – putih & oren

Design depan tunggu kering kat hall umah Che Li

PFR nie dah 3 kali bg jobs kat Che Li sebenarnye. Dua daripadenye baju team rewang. Yang pertama si adik kawin dan kali nie abangnye la plak.  Semoga berbahagia sampai ke syurge… amin. Pendek jek post kali nie sebab dah memang ngantuk tapi gagahkan jugak untuk update blog nie… nanti ape lak kate orang kat luar tue kan… pepepun kalau berminat call atau msg  jek yea.  Kalau Che Li lambat balas sabar la yek… sibuk la tue ataupun dah terlalu penat… tue jea takde lain… okey la sampai cini la yek, bubye….

Ikhlas Dari: Che Li



Related Posts with Thumbnails