Posts tagged olahraga
Kem Jati Diri Tanjung Piai, Johor
Oct 24th
Salam hujung minggu kepada semua. Rasenye ramai g jalan-jalan hujung minggu nie kan. Che Li lak macam biasa la… kalau tak keluar jalan-jalan maknanya melekat kat umah tengok tv. Tapi ari ni ada job yang nak kena settlekan… Ok la berbalik kepada post pada kali nie, macam biasa la kan, kawan-kawan support Che Li. Memamng kebanyakkan job dari member-member selain dari bikintshirt.com dan regular customer serta kaki-kaki (agent) yang ade… Pepehal kita tengok dulu baju-baju yang dapat ditangkap gambar-gambarnya.
Print kat bawah leher. Kem Jati Diri SMKKS, Taman Negara, Tanjung Piai.
Yang bestnya dengan kawan-kawan ni… selalunya design tak cerewet. Simple jek. Macam job-job yang lepas jugakkan… Tshirt hitam dan printing warna putih. Kuantiti boleh tahan la jugak… program sekolah la katakan mana sikit-sikit kan. Cakap pasal kuantiti niekan… bikintshirt.com selalunya amik tempahan minimum 25 helai, kalau kurang amik juga cuma kena tengok gak masa yang ade… lagi pun bila kuantiti lebih 25 helai boleh la Che Li bagi harga yang berpatutan. Sebab bila wat tshirt macam nie kuantiti memang main peranan… tapi jangan la pulak tak nak berbincang kan kalau kuantiti <25 helai… ape-ape pun bawak berbincangkan…
T shirt tunggu kering kat hall rumah Che Li.
Lagi satukan, rasanya ramai yang dah tahu Che Li wat tshirt nie atas dasar part time… pagi keja kat skolah – Cikgu… Walau pun part time memang tak menang tangan. Untuk mereka-mereka yang kat luar sana, yang masih baru ngan bikintshirt.com, untuk makluman semua, bikintshirt.com nie beroperasi kat parking umah Che Li jek. Kakitangan memang kakitangan Che Li sorang jek. Bermula dari Design, Blok Printing, Expose Image, Print Baju, g kilang supplier dan segalanya Che Li wat sorang-sorang… Macam tamak jek denga kan… tue sebab kadang-kadang Che Li terlepas pandang dan kadang-kadang menolak job yang diberikan… Insyaallah mana la tau kan bikintshirt.com akan jadi ade label sendiri… ha masa tue memang kena cari ramai pembantu…. mudah-mudahan…
Nampak keta Che Li tue? Semua operasi kat parking keta depan umah jek….
So jangan lupa support bikintshirt.com yea… bisnes ni sebenarnya projek jangka panjang… Untuk budak-budak dalam gamba tue… Danial dan Danish…. sebab tue tak rush sangat nak bukak kedai…. perlahan-perlahankan… Ape-ape pun sesiapa berminat leh CONTACT dan EMAIL Che Li… cuma kalau Che Li tak balas call jek kat 0137449320, insyaallah Che Li layan yek… akhir sekali “JOM BIKINTSHIRT”…. bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
Baju Sukan Ladang Fraser – Kuala Lumpur Kepong (KLK) Kulaijaya
Oct 16th
Salam 1 Malaysia kepada semua. Malam nie Che Li nak kongsi satu la job yang Che Li dapat dari En Mark salah seorang pengurus di Ladang Fraser Kulaijaya. Ladang nie diuruskan oleh KUALA LUMPUR KEPONG BERHAD (“KLK”) salah satu syarikat Multinasional Malaysia yang terlibat dalam pertanian, pengeluaran, pembangunan dan jual beli hartanah. Besarkan… Mr Mark nie jumpe bikintshirt.com bila dia surf di en. google.Jadi dia pun bagi la peluang kat bikinthsirt.com untuk siapkan baju2 hari keluarga dan sukan diorang nie… Memang banyak kuantiti dan warna yang terlibat… Jom layan beberapa gamba yang Che Li amik yea… Jom layan…
Nie baju-baju baru jek sampai dari kilang. Campak jek kat hall dulu.
Untuk projek kali nie memang perlukan pembantu. Tak larat nak wat sorang2. Lagi pun date line 3 hari jek dari tarikh baju nie siap. Tp yang baiknya baju nie kain warna cerah. Jadi printing tak banyak kali perlu ulang. Kira jimat mase la jugak.
Yang nie dah siap print tunggu nak lipat jek.
Sebahagian baju yang dah dilipat. Penat tue nak lipat.
Semua sekali 5 warna. Meriahkan?
Nie kali kedua Che Li dapat job besar. Memang best kalau dapat job2 besar macam nie. Cume penat jek la kan. Dah siap semua hilang. Rase puas jek dapat siapkan job nie. Mintak2 tahun depan dapat lagikan… Insyaallah…
Ok la tuk malam nie kan. Jap lagi nak wat blok, esok nak print baju plak… Ade dua job yang bak kena siap minggu depan… Satu sekolah Che Li punya dan satu lagi untuk cgu dari Sabah… Harap2 semakin diberi kepercayaan la hendaknye bikintshirt.com nie kan…. Amin….
Bagi yang berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li yea. jangan segan dan jangan kecewa kalau Che Li lembab nak balas yea…. Maklumla run sorang2…
Akhir sekali bubbye…..
Ikhlas Dari : CHE LI dan CHE NISAK
Baju Softball Team Kulaijaya
Sep 30th
Malam dah kan?.. ha nie satu lg job yang Che Li dapat dari kengkawan… Kali nie nak post pasal baju Softball Team Kulaijaya.. lama dah nie sebenarnye… Baju hijau dan diprint dengan kale maroon… Print bajue nie pun senang sebab print kat depan jek… Jom tengok ape yang menarik…
Simple jek baju nie… print depan jek.
Baju tshirt cenderamata team “SOFTBALL KULAIJAYA”
Baju nie sebenarnye pengurus teknik softball kulaijaya nak bagi sebagai cendermata jek kat pegawai2 yang terlibat… sayang dia kat anak2 buahnye. Che Li suke print yang simple2 macam nie… cepat siap dan tak la penat…
Lg pun Che Li bukannye pandai lagi bab2 print yang complicated2 nie… masih tengah belaja. Tak pe tengah berusaha nak cover semua jenis printing.. nanti dah pandai boleh ajar kat semua… tp ade la pengerasnye kan…
Dah terlanjur update blog kesayangan nie, Che Li nak ucap la “SELAMAT UJUNG2 RAYE” kat semua… Busy sangat sampai lupa nak wish Raye kat semua… Mintak maaf la jugak kat sesape yang email tak terlayan oleh Che Li… Jangan kecik ati yea… Cube la lagi… Mungkin ade yang tak tau lg kan Che Li nie wat dua keja… Siang Cikgu malam Printer…. Ape2 hal pun core bussiness kena la utamakan… yang nie part time jek… kan kan kan…
Sape2 berminat boleh la CONTACT dan ORDER kat bikintshirt.com nie yek. Akhir sekali tuk malam nie… Singgah2 lah selalu… dan support bikintshirt.com yek… Bubbye…
Ikhlas Dar : CHE LI






