Posts tagged olahraga
Meja Printing Tshirt
Nov 7th
Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.
Meja yang dah ade Sistem Marking.
Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….
Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…
Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK
Baju 1UM SMK Kota Kulai 1, Kulaijaya
Nov 4th
Salam singgah bikintshirt kepada semua… Bagi yang dah selalu kat blog ni terima kasih banyak-banyak sebab support kami di bikintshirt.com. Baru ade masa nak update post pada kali ni. Jobs terbaru dah siap dan dah di poskan pun ke Sabah. Rasanya minggu depan sampai la kat Sipitang, Sabah. Insyallah… Tapi post kali ni bukan pasal tshirt orang2 Sabah ni. Che Li nak kongsi satu jobs dekat-dekat rumah Che Li jek. Tshirt yang Che Li dapat dari budak2 SMK Kota Kulai 1. Macam biasa lakan, kawan2 Che Li yang bagi jobs… hehehe… best gak ada kawan2 yang support bikintshirt.com ni kan?
Macam biasa lakan… Tunjuk production lines.
Tshirt budak2 nie Che Li wat dalam 2 hari. Boleh wat satu malam jek kalau ikut kan hati. Tapi sebab Che Li lone ranger dalam biz ni, kena la jaga2 kesihatan kan? Kena rehat gak. Lagi pun nak jaga lama bikintshirt.com ni. Kang sakit susah jugak. Tengok la tahun depan ada tak perubahan yang nak di buat mana tau ada pembantu. Sekarang ni pun wife Che Li – Che Nisak dah mula tolong sikit2… dia leh lak minat nak tolong sejak kebelakangan ni. Ada makne la tue kan… hehehehe…
Close up print belakang. Dua warna jek.
Che Li memang suka print tshirt round neck. Sebab tempat nak print memang senang nak banding tshirt berkoler. Tapi tak la beza sangat. Masuk tshirt ni Che Li dah cover 5 sekolah kat kulai ni. Mungkin tahun depan nak cover semua… yang penting support dari kawan2 sekeliling. Mana tau bikintshirt.com jadi sinonim bila wat tshirt kat kulai ni. Insyaallah…
Bagi yang berminat nak cuba perkhidmatan bikintshirt.com leh la CONTACT atau EMAIL Che Li, Kalau susah sangat CALL jek kan… Yang penting tanya dulu/bincang kan kan kan. Jangan segan… “JOMBIKINTSHIRT” di bikintshirt.com….. Akhir sekali bubbye…..
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
UTM Rowing Team – Varsity Boat Race 2010
Oct 31st
Salam bikintshirt kepada semua. Pekaba… Sejak kebalakangan nie mood nak update blog nie semakin baik. Insyaallah banyak lagi yang akan di updatekan… kalau ade la jobs lagi kan… hehehhe… Apa-apa pun bikintshirt.com nie dah setahun dah umurnya… Sebenarnye dah terlepas pandang. bikintshirt.com nie genap setahun pada 23.10.2010…. semoga sukses selalu.
Untuk post kali nie bikintshirt.com nak kongsi satu lagi jobs dari budak2 UTM nie. Diaorang pun dah semakin maju… rasanya tak lama lagi dah boleh jalan sendiri dah… Alhamdulillah. Terus maju hendaknya… mana la tau kan Che Li lak bg jobs kat diorangkan… hehehe…
Print belakang. Warna hitam dan simple jek.
Tshirt yang budak-budak nie bagi jenis microfibre. Kain mahal la jugak. Tshirt budak-budak nie yang punya. Diaorang dapat supplier kat tempat lain. Memamng selalu cam tue… diorang tak cukup masa nak belajar dan print tshirt… hehehe.
Print di depan dua warna hitam dan merah.
Nak print tshirt microfibre nie leceh cikit. Sebabnye kena pakai gam baru selalunya… Sebab susah lekat kat papan. Bahaya kalau wat print 2 ke 3 warna. Design depan nie memang Che Li suke. First time tengok dah berkenan. Che Li memang suke design orang lidi nie… Mungkin bikintshirt.com nak juga wat tshirt sendiri la… Nak try jual boleh tak… tunggu jek la eay…
T-shirt lepas print kat belakang.
JOM BIKINTSHIRT…. Pada semua yang berminat leh la CONTACT dan EMAIL Che Li… Kadang-kadang CALL pun okey jugak…. Sudi2 sudi la yea… Kalau tak wat baju pun singgah2 la selalu tengok apa yang best dan terkini… Sebabnya kalau tengok kat Page manu kat atas tue ade page baru yang Che Li letak… BIKINBANNER. Masih under construction lagi… Insyaallah banyak lagi yang akan ade kat sini… Bubbye…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK










