Posts tagged Malaysia

Meja Printing Tshirt

Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.

Meja yang dah ade Sistem Marking.

Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….

Baru siap satu meja.

Marking pakai paku besar jek.

Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK

UTM Rowing Team – Varsity Boat Race 2010

Salam bikintshirt kepada semua. Pekaba… Sejak kebalakangan nie mood nak update blog nie semakin baik. Insyaallah banyak lagi yang akan di updatekan… kalau ade la jobs lagi kan… hehehhe… Apa-apa pun bikintshirt.com nie dah setahun dah umurnya… Sebenarnye dah terlepas pandang. bikintshirt.com nie genap setahun pada 23.10.2010…. semoga sukses selalu.

Untuk post kali nie bikintshirt.com nak kongsi satu lagi jobs dari budak2 UTM nie. Diaorang pun dah semakin maju… rasanya tak lama lagi dah boleh jalan sendiri dah… Alhamdulillah. Terus maju hendaknya… mana la tau kan Che Li lak bg jobs kat diorangkan… hehehe…

Print belakang. Warna hitam dan simple jek.

Tshirt yang budak-budak nie bagi jenis microfibre. Kain mahal la jugak. Tshirt budak-budak nie yang punya. Diaorang dapat supplier kat tempat lain. Memamng selalu cam tue… diorang tak cukup masa nak belajar dan print  tshirt… hehehe.

Print di depan dua warna hitam dan merah.

Nak print tshirt microfibre nie leceh cikit. Sebabnye kena pakai gam baru selalunya… Sebab susah lekat kat papan. Bahaya kalau wat print 2 ke 3 warna. Design depan nie memang Che Li suke. First time tengok dah berkenan. Che Li memang suke design orang lidi nie… Mungkin bikintshirt.com nak juga wat tshirt sendiri la… Nak try jual boleh tak… tunggu jek la eay…

T-shirt lepas print kat belakang.

JOM BIKINTSHIRT…. Pada semua yang berminat leh la CONTACT dan EMAIL Che Li… Kadang-kadang CALL pun okey jugak…. Sudi2 sudi la yea… Kalau tak wat baju pun singgah2 la selalu tengok apa yang best dan terkini… Sebabnya kalau tengok kat Page manu kat atas tue ade page baru yang Che Li letak… BIKINBANNER. Masih under construction lagi… Insyaallah banyak lagi yang akan ade kat sini… Bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

PUTRA BIKERS Kulaijaya

Salam 1 Malaysia. Sebelum tido nie tergerak la plak nak update satu post kat blog bikintshirt.com nie. Kali nie tshirt geng biker kulaijaya. PUTRA BIKERS nama geng motosikal berkuasa bosa nie. Tshirt nie diorang nak pakai mase majlis berbuka dengan Menteri Besar Johor. Masa dioarang bg memang packed. Ape taknye lebih kurang 3 hari jek nak order baju dan print. Pergh memang wat print sampai pagi. Blok printing Che Li siap kul 2 pagi sebab design pun tak wat lg. Lepas tue terus start printing samapai kul 6 pagi… Berpinau mata dibueknyo… Ape2 pun siap la jugak…  Meh jengok gamba2 yang Che Li amik…

Nie dah siap packing dah…

Nie lepas print logo besar kat belakang.

Sebenarnya kan bagi yang tak tau lgi la kan. Che Li memang print tshirt malam jek. Pagi keja, petang wat design ngan blok. Malam print tshirt. Tapi kalau bab urgent macam nie memang sampai pagi. Ape tak nye bila urgent maksudnye petang g amik tshirt so schedule dah lari. Tue yang blok siap kul 2pg tue. Walaupun designnye simple tak banyak kale, 4 blok la jugak Che Li pakai… Sengaja wat 4 blok, kalau nak jimat leh wat 2. Tapi Che Li nak semua blok jalan one shot… Paham kan… hehehe nanti ade mase Che Li terangkan ek… Dah lama tak bgi post pasal tips2 print t shirt kan?

Okey la, berbalik pasal baju nie, semuanya lengan panjang… dah namanye biker kan… Ha jom tengok lagi gamba2 nye…

Nie print logo yang dah siap kat bahagian belakang.

Yang nie plak logoo kat depan.

Untuk job nie Che Li dapat dari member sebenarnya…. dia join team biker nie… dia adela ajak, tp tak berkemampuan lgi la. Lain kali kalau dah cukup budget leh la… So bagi geng2 motosikal berkuasa yang ade kat luar sana leh lah CONTACT dan EMAIL Che Li kalau berminat… Boleh Che Li tambah koleksi tshirt biker seluruh Malaysiakan… Tp jangan la urgent2 sangat… Boleh patah pinggang dibueknyo… last sekali macam biasalakn, bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK



Related Posts with Thumbnails