Posts tagged kelab

PUTRA BIKERS

Salam 1MALAYSIA dan salam bikintshirt. Pekaba semua. Dua hari nie penat cikit. Bukan pasal print tshirt tapi sibuk ngan urusan keluarga. Apa2 pun Che Li nak jugak update post terbaru dari bikintshirt.com. Terbaru ke baru nak updatekan… hehehe…Kalau yang dah biasa ngan bikintshirt mesti taukan. Yang tak tau tue nampaknya Che Li nak berahsia la….

Tshirt leher dan lengan putih.

KEY pun nak dicetak dengan logo.

Print atas face mask HARLEY DAVIDSON.

Lagi print logo.

Memang menyala tshirt nie. Dari Cameron Highland.

Print logo “PUTRA BIKERS”.

Print atas Jacket.

Batch Kedua dari “PUTRA BIKERS”.

Batch Ketiga dari “PUTRA BIKERS”.

Kali nie malas nak tulis panjang2. Just nak kongsi gamba. Kenapa? Sebabnya job kali nie lebih kepada penambahan dari job asal. Tue sebab Che Li tulis batch kdeua dan ketiga. Bagi sapa2 yang tak tau lagi pasal baju nie boleh la ke sini. So sapa2 yang ade group moto, kereta dan macam2 lagi boleh la CONTACT, EMAIL dan CALL Che LI. Jangan segan2…. akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT”… bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

tips : Gam baju! Apa tue? Penting untuk memastikan baju melekat kat papan printing. Sesuai untu mencetak lebih   dari 1 warna.

info : Nantikan post terbaru kami dari PRA-U UKM. Singgah2 selalu.

I Love Camera (DSLR) dari Sarawak

Salam bikintshirt kepada semua yang masih setia dengan bikintshirt.com. Sihat2 semua hendaknya. Kali nie Che Li nak share satu job yang Che Li dapat dari Bumi Kenyalang (Sarawak). Ownernye Cik Wardah. Tshirtnya simple pakai tshirt putih dan print warna hitan serta merah.

Sebelum print gambar love.

Yang nie plak sebelum letak nama.

Untuk job tshirt nie, Che Li pakai merah special. Merah terang yang memang merah… hehehehe paham tak? Maksudnya merah la…  Brand baju nie Che Li memang setia dengan Enzo walaupun tak dapat lagi jadi direct agen dengan diorang. Sebabnya tshirt nie memang best dan  tak kecut… Che Li jamin puas hati.

Final printing. Setiap tshirt ade nama masing2.

Lepas packing dalam plastik.

Timbang kat Pejabat Pos Kulai.

Alhamdulillah, setakat nie dah sampai SABAH dan sekarang SARAWAK pulak. Harap2 kawan2 kat Sabah dan Sarawak leh la jengok2 kat blog nie. Kalau tempah tshirt lagi la bagus… hehehehe… Che Li bagi harga special…. hehehe… Maklumla kos penghantaran kan mahal cikit berbanding kat Semenanjung. Betul tak?…

So sape2 yang berminat bleh la CONTACT dan EMAIL Che Li atau CALL jek… Yang penting bincang… Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips : kalau mencetak baju hitam atau gelap, perlu diprint base putih sebelum diprint warna lain di atasnya.

*info : nantikan post mengenai pencucian blok untuk diguna pakai semula. Jangan percaya dengan charge blok yang dikenakan pencetak tshirt.

Kelab Kembara UTP, Tronoh

Salam bikintshirt. Kali ni Che Li kongsi job dari Kelab Kembara UTP, Tronoh. Kelab Kembara nie memang tempah tshirt kelab diorang dengan bikintshirt.com. Terima kasih la kat capoi yang mula2 tempah tshirt kelab nie ngan Che Li. Cuma kali nie terdapat perubahan kat desing belakang tshirt, sebab alamat blog kena tukar dari “www.kembarautp.com” kepada “www. kembara-utp.blogspot.com”.

Print kat belakang ada perubahan alamat web.

Print kat depan masih sama.

Kalau dulu print tshirt nie memang letih sebab kena tekap sampai tiga warna… Putih (underbase), merah dan kuning print atas putih. Tapi sekarang Che Li dah mula pakai registration point, semua jadi senang dan cepat… Apa dia registration point tue? Ha kena tunggu post akan datang. Che Li akan terang kan dengan terperinci. Buat masa nie enjoy dulu dengan post ni dulu ea…

Kertas nie diletak kat tempat atas tshirt yang hendak diprint.

Macam nie la. Letak blok atas imej tadi. Lepas tue adjust sampai betul2 jatuh atas imej.

Che Li bagi klue la cikit key… Macam gambar kat atas, boleh dah kan agak macam mana nak set marking kat blok printing tue. Mula2 lekat imej kat lokasi yang kita nak print kat atas tshirt tue… Macam mana nak tau? Letak kerta imej atas tshirt, lepas tue ukur la jarak dari marker tue (kayu kat tenga meja tue). Dah ukur pindah kertas tadi kat atas meja macam gambar atas tue. Dah settle letak blok atas kertas tue dan adjust sampai betul2 tindih atas imej tue. Dah boleh la setkan penanda ke paku tue…

Nampak kan penanda yang dipasang pada blok tue.

Kalau tengok kat blok tue memang tak rapatkan dengan kayu tengah tue kan? Sebab Che Li pasang skru kat kiri dan kanan atas blok tue. Kenapa? Skru tue berfungsi sebagai pelaras turun naik blok tue masa nak adjust tidihan blok ke imej di atas kertas. Untuk pelaras kiri kanan tak perlu sebab proses terakhir ialah melatakkan penanda “L” atau “T” di atas blok macam gamba kat atas tue bila imej ngan blok dah betul2 bertindihan dengan tepat.

Amacam boleh ikut tak…. hehehehe… Kalau tak boleh tak pe, tunggu post akan datang yang memang khas untuk registration point nie. Apa2 pun singgah2 la selalu kat blog bikintshirt.com nie yea. Bagi yang berminat nak tempah tshirt dengan Che Li boleh la jengok2 kat menu bikintshirt kat atas tue. Banyak katalog yang dah Che Li letakkan. Boleh la pilih2 yea. Kalau dah berkenan CONTACT, EMAIL atau CALL Che Li yea…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”…. bubbye….

Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK



Related Posts with Thumbnails