Posts tagged kelab
AZ Corner Sup Gear Box
Jun 11th
Salam 1Malaysia dan Salam bikintshirt.com kepada semua. Nie post kedua untuk hari ini dan isyaallah nak update post ketiga lepas nie. Ok la jom layan job yang Che Li dapat dari Kak Linda owner AZ Gear Box TJ Mart Kulaijaya. Sebenarnya baju nie dia buat pun atas usul Encik Putra Bikers sempena Hari Bikers Kulaijaya arie tue. Tarikhnya dah tak ingat dah… sebab lama gak job nie dah siap sebenarnya… hehehe…
Untuk job nie memang simple. Tuan punya kedai nak print kat belakang dan sebelah kiri lengan sahaja. Memang cepat untuk disiapkan… Kiranya job nie merupakan job paling cepat disiapkan dan tak penat… alhamdulillah…
So kalau ade yang berminat nak print tshirt atau tempah tshirt jangan la segan2 yea… Ape yang penting discuss dengan Che Li… Memang perlukan perbincangan kalau nak wat tempahan ngan Che Li nie… Kenapa? Sebabnya nak bagi harga yang sebenar-benar berpatutan pada kedua-dua belah pihak… Akhir kata JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
*tips: Kalau nak wat warna bergradient sila la gunakan halftone. Memang menarik….
*info: Macam mana nak wat halftone… Ha tue kena tunggu tutorial baru dari Che Li pada isu akan datang…
INSTEDT’s EQUESTRIENT
Jun 11th
Salam petang dan salam bikintshirt kepada semua. Jom layan job dari INSTEDT plak. Job kali nie untuk kelab Equestrient budak2 INSTEDT Bandar Penawar Johor. Ex-student kulai jugak sebenarnya. Untungnye jadik cikgu kan… hehhe…
Nampak tak kayu pelapik kat bawah tue? Kenapa ek?
Job nie ade dua jenik kerja kena wat. Pertama sulam nama individu. Bab2 sulam nie Che Li bag kat kawan Che Li. Yang kedua kerja printing yang memang Che Li wat sendiri. Kalau budak2 kat sini memang boleh tengok Che Li wat kerja printing, maklumla wat ket depan umah jek… There is no sekeret… hehehe….
Bersepah-sepah… Bila la nak ade kedai.
Insyaallah esok ade lagi baju budak2 instedt ni akan siap… Tunggu la postnya dalam isu akan datang. Tapi sebelum tue banyak lagi job2 yang Che Li kena dahulukan postnya kat cini. So, jangan lupa nak singgah2 kat cini yea… Bagi yang baru jumpa blog nie, gode2 selongkar2 la yea… macam2 ade. Dan bagi yang lama… hehhe terus2 la setia menyinggah yea… tak semestinya nak wat baju jek baru sunggah kan… Kalau Che Li terleka nak update ingat2kan la ye kat facebook bikintshirt eay…
Akhir kata JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER… Singgah2 la selalu yea…. bubbye….
Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK
*tips: Nie baru jek belajar kat Abang Kahar Biochem…. Kalau nak terangkan lagi Rubber Dye Gold, ko campur jek dengan pigment kuning. Jap lagi nak try…
*info: Nantikan post pasal baju kedai makan AZ SUP GEAR BOX TJ Mart Kulai dan Baju Rewang Syahir Rauf dan Mazuin.
Baju TVXQ Neemo
Jun 7th
Salam bikintshirt dan salam 1Malaysia. Pekaba semua…. Mula2 sekali terima kasih kat semua yang masih setia dengan bikintshirt.com nie. Maklum la wat post pun dah masuk sebulan sekali jek kan? Sowey banyak2… Che Li cuba sedaya upaya untuk updatekan bikintshirt.com nie sekerap yang boleh. Rasanya nak mintak bantuan Che Nisak la manage blog nie… Tengok la nanti kan… hehhee
Job kali nie lama dah Che Li siapkan… Kira job nie sekadar nak kongsikan dengan semua yang setia dengan bikintshirt.com nie… Lagi pun job nie ade problem dengan masa untuk disiapkan. Terlalu banyak job yang datang masa tue, sampaikan baju nie lambat sangat nak disiapkan. Ape2 pun terima kasih sangat kat Neemo sebab banyak bersabar dengan kelewatan untuk baju nie disiapkan…
Design kat belakang di bahagian kaki baju.
Untuk job nie banyak Che Li belajar dari kesilapan. Kalau dulu ade problem dengan baju “Blogger We Care” tapi bila benda yang sama berulang rasanya Che Li kena tau kapasiti kemampuan untuk menyiapkan satu2 job. Perkara2 diluar jangkaan juga perlu diambil kira supaya tak menjejaskan jangka masa sesuatu job itu perlu disiapkan.
Baju-baju yang dah disiapkan – depan.
Design belakang yang dah siap diprint.
Ok la kita berbalik kat baju2 nie plak. Untuk design depan dan belakang, total blok yang digunakan lebih kurang 13 buah blok. Banyakkan? Memang makan masa dan tenaga, tapi bila dah siap memang puas hati melihatnya. Ini adalah antara job yang paling Che Li suka sebab diluar kebiasaan Che Li selalu buat.
Sebahagian Blok yang digunakan.
Rasenya tak sampai 13 blok la… sebab ade beberapa warna Che Li kongsikan pada satu blok. Kira tips berguna jugak la kan untuk menjimatkan masa expose dan jumlah blok yang perlu dibuat… betul tak?
Lega rasenya bila job nie dapat disiapkan akhirnya. So untuk job2 akan datang Che Li akan cuba untuk manage masa untuk setiap jobs dengan lebih terancang dan tersusun. Inysaallah….Pada semua yang sentiasa bersama bikintshirt.com Che Li ucapkan berbanyak-banayk terima kasih dan bagi yang baru berkenalan dengan bikintshirt.com nie Che Li ucapkan selamat datang ke bikintshirt.com yea… Jangan lupa Call, SMS atau email Che Li yea… Akhir kata JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER. Bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
*tips : Kalau blok anda besar, cuba pertimbangkan untuk dimuatkan dua imej berbeza warna.
*info: Nantikan pelajar terbaru bikintshirt.com serta kaedah printing tanpa underbase.














