Posts tagged kelab

Semuanya Dari SMK Kelapa Sawit…

Salam Ramadahan… Petang2 nie sambil tengok cite Bad Boys kat Star Movies, Che Li nak update la cikit pasal job yang dah lama Che Li buat… Terlepas pandang lak… lupa nak updatekan job2 nie semua kat cini… Semuanya dari SMK Kelapa Sawit…

Baju Takraw Cikgu Syed.

Baju Karnival Sains & Teknologi. Cikgu Syed jugak…

Baju Fasilitator.

Baju Badminton dari Cikgu Suhairi.

Print kat belakang.

Semua job2 nie Che Li dapat masa musim sukan kat Daerah Kulaijaya… Memang banyak job pasal baju sukan/permainan masa tue… sampai terlupa nak updatekan job2 nie semua… Memandangkan job nie temanya sukan/ko kurikulum di SMK Kelapa Sawit, Che Li updatekan jek sekali gus… hehehe…

Ape2 pun bagi yang berminat nak tempah baju ngan Che Li, lepas Raya nanti call jek Che Li (0137449320) atau emailkan detail tempahan kat Che Li yea… dan pastikan alamat email anda semua betul tau… sebab ade yang tersalah bagi emailnya kat Che Li…

Akhir Kata JOMBIKINTSHIRT… bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips: ade tiga jenis base /paste untuk pengetahuan anda. 1. putih 200, 2. base 120 dan 3. base 100 (clear)… ape benda tue semua… nanti Che Li terangkan…

*info: bikintshirt.com mula bercuti pada hari ini 27/08/2011 hingga 5/09/2011… Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin…

Seni Silat Gayong Malaysia SMKKS

Salam bikintshirt dan 1Malaysia kepada semua… Sebelum nak masuk tido nie Che Li nak update la blog nie… Maaf la yea kalau post yang ditunggu tak dapat lagi nak dikongsikan… Insyaallah next post akan di kongsikan la yea…

So untuk tak buang masa, Che Li nak tunjuk cikit beberapa keping gambar yang Che Li amik mase menyiapkan job nie… Jom…

Underbase… Gemar sangat dengan underbase…

Angle jek yang lain…

Job nie datang dua kali… memang banyak. Tue sebab tak banyak gambar yang Che Li amik… Penat… Tapikan selalunya bila ade job besar2 macam nie Che Li ade wat la alat2 yang merepek, tapi banyak membantu Che Li sebenarnya… Nak tau tak? Jom tengok gamba kat bawah nie…

DIY Dryer… Hehehe…

DIY Dryer nie Che Li wat dari blok2 printing yang lebih dan yang tak pakai… Konsepnya kasik udara panas tue terperangkap dalam kotak ajaib tue… Kesannya dye cepat la kering dan Che Li tak payah nak pegang2 hair dryer tue… So sambil print sambil keringkan dye… cepat cikit wat keja. Kalau tak kena siapkan semua then keringkan… memang leceh.

Baju2 yang dah siap.

Kan? Betul tak? Tak banyak gamba yang Che Li amik… tibe2 jek baju dah siap bungkus.  Ape2 pun bersyukur jugak dapat kongsi dengan semua kat blog bikintshirt.com nie. Sebelum nak masuk tido nie, ingat tau singgah2 la selalu yea. Dan kalau ade yang berminat nat tempah atau belajar cetak tshirt leh la hubungi Che Li yea… Jangan segan2 kalau sudah berkenan… hehehe… Just contact, email, sms atau terus call Che Li (0137449320). Akhir kata, JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER….bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips: Ade tiga tempat nak amik untung, 1. kat baju, 2. kat printing, 3. kat blok…. pandai2 la pilih kat mana nak amik untung yea…

*info: Selain post pasal printing tanpa underbase, Che Li akan kongsi hasil kerja DTG buatan sendiri… hehhehe kalau menjadi la.

Baju Rewang Syahir Rauf dan Mazuin

Jumpa lagi… Seperti yang Che Li katakan tadi, hari nie nak update 3 post sekali gus… Alhamdulillah tercapai jugak… Lepas nie bergelumang semula dengan printing tshirt… sambil2 tengok berita nie Che Li amik la ruang untuk wat post yang ketiga pada hari ini…. Jom layan…

Print depan.

Yang nie plak belakang.

Satu lagi job baju kerja kawin atau baju geng rewang…. Job nie dapat dari sorang member dari Impian Emas… Tue la kan, bila mula berniaga nie, macam2 kawan kita jumpa… memang bagus kan. Bukan ape, bikintshirt.com nie bukannya ade kedai macam syarikat2 printing online yang lain… Operasi semua kat rumah jek… so bila banyak kenalan maka tersebar la dari mulut ke mulutkan… kira macam Google AdWords la juga kan? heheheh….

Sebelum print gamba motosikal.

Angle wajib bikintshirt.com

Sebelum print nama pengantin.

Insyaallah Che Li akan wat penambahbaikkan untuk blog bikintshirt.com nie… Ingat nak tambah video dan jual Starter Kits la plak kat cini… Ok tak? Untuk video insyaallah tak de la halnya sangat… tp Starter Kits nie ade susah cikit… Tengah deal ngan supplier nak wat camne…

Ape2 pun jangan lupa singgah selalu kat cini… Sokongan anda amat kami perlukan…. Akhir kata JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips: Print atas baju cotton lagi best dari atas kain jenis lain…

*info: Next update plak pasal Baju Rowing team UTM… kira last projek dari Saudara Azhar (Along)… tqvm 4 ur support…



Related Posts with Thumbnails