Posts tagged kanak-kanak

Baju 1UM SMK Kota Kulai 1, Kulaijaya

Salam singgah bikintshirt kepada semua… Bagi yang dah selalu kat blog ni terima kasih banyak-banyak sebab support kami di bikintshirt.com. Baru ade masa nak update post pada kali ni. Jobs terbaru dah siap dan dah di poskan pun ke Sabah. Rasanya minggu depan sampai la kat Sipitang, Sabah. Insyallah… Tapi post kali ni bukan pasal tshirt orang2 Sabah ni. Che Li nak kongsi satu jobs dekat-dekat rumah Che Li jek. Tshirt yang Che Li dapat dari budak2 SMK Kota Kulai 1. Macam biasa lakan, kawan2 Che Li yang bagi jobs… hehehe… best gak ada kawan2 yang support bikintshirt.com ni kan?

Macam biasa lakan… Tunjuk production lines.

Yang ni masa print kat depan.

Tshirt budak2 nie Che Li wat dalam 2 hari. Boleh wat satu malam jek kalau ikut kan hati. Tapi sebab Che Li lone ranger dalam biz ni, kena la jaga2 kesihatan kan? Kena rehat gak. Lagi pun nak jaga lama bikintshirt.com ni. Kang sakit susah jugak. Tengok la tahun depan ada tak perubahan yang nak di buat mana tau ada pembantu. Sekarang ni pun wife Che Li – Che Nisak dah mula tolong sikit2… dia leh lak minat nak tolong sejak kebelakangan ni. Ada makne la tue kan… hehehehe…

Close up print belakang. Dua warna jek.

Close up print depan.

Che Li memang suka print tshirt round neck. Sebab tempat nak print memang senang nak banding tshirt berkoler. Tapi tak la beza sangat. Masuk tshirt ni Che Li dah cover 5 sekolah kat kulai ni. Mungkin tahun depan nak cover semua… yang penting support dari kawan2 sekeliling. Mana tau bikintshirt.com jadi sinonim bila wat tshirt kat kulai ni. Insyaallah…

Bagi yang berminat nak cuba perkhidmatan bikintshirt.com leh la CONTACT atau EMAIL Che Li, Kalau susah sangat CALL jek kan… Yang penting tanya dulu/bincang kan kan kan. Jangan segan… “JOMBIKINTSHIRT” di bikintshirt.com….. Akhir sekali bubbye…..

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

Perkhemahan Perdana SMKKS 2010

Salam kepada semua pagi-pagi rabu nie dan salam bikintshirt.com Nie rasanya post pertama Che Li buat pada awal-awal pagikan? Jobs kali nie untuk Perkhemahan Perdana Unit Ko Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit. Tshirt round neck la kan untuk budak-budak dan warna biru muda. Printing pulak tak la susah sebabnya print kat depan jek. Untuk baju budak-budak Che Li print besar warna putih dan untuk cikgu-cikgunya pulak Che Li print logo warna hitam.

Tshirt maroon dan print warna putih.

T-shirt biru muda dan print logo warna hitam.

Untuk jobs nie Che Li guna ENZO sebab jobs nie nak pakai cepat. Memang suka ngan kualiti baju ENZO nie. Tapi sekarang Che Li  suka pakai tshirt custome made sebab lebih fleksible dengan kehendak pelanggan. Cuma masa la yang jadi kekangan sebab tshirt custome made nie selalunye amik masa 2 hingga 4 minggu. Kalau paling cepat Che Li pernah wat, tshirt siap dua minggu. Itu pun sebab kilang tak pack dan Che Li tak banyak jobs masa tue.. heheehe.

Side by side tue. JOM BIKINTSHIRT

Baju-baju macam biasa la kan tunggu kering kat hall.

Nie la post Che Li pada pagi-pagi nie… Tunggu yea post Che Li yang akan datang dan terus support bikintshirt.com Kalau tak wat tempahan baju pun tak pe… singgah-singgah jek selalu untuk moral support bikintshirt.com kan… So sape-sape berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li yea atau CALL jek… Insyaallah Che Li akan sambut kedatangan anda… Akhir sekali “JOM BIKINTSHIRT”. bubbye…..

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

Baju Softball Team Kulaijaya

Malam dah kan?.. ha nie satu lg job yang Che Li dapat dari kengkawan… Kali nie nak post pasal baju Softball Team Kulaijaya.. lama dah nie sebenarnye… Baju hijau dan diprint dengan kale maroon… Print bajue nie pun senang sebab print kat depan jek… Jom tengok ape yang menarik…

Simple jek baju nie… print depan jek.

Baju tshirt cenderamata team “SOFTBALL KULAIJAYA”

Baju nie sebenarnye pengurus teknik softball kulaijaya nak bagi sebagai cendermata jek kat pegawai2 yang terlibat… sayang dia kat anak2 buahnye. Che Li suke print yang simple2 macam nie… cepat siap dan tak la penat…

Lg pun Che Li bukannye pandai lagi bab2 print yang complicated2 nie… masih tengah belaja. Tak pe tengah berusaha nak  cover semua jenis printing.. nanti dah pandai boleh ajar kat semua… tp ade la pengerasnye kan…

Dah terlanjur update blog kesayangan nie, Che Li nak ucap la “SELAMAT UJUNG2 RAYE” kat semua… Busy sangat sampai lupa nak wish Raye kat semua… Mintak maaf la jugak kat sesape yang email tak terlayan oleh Che Li… Jangan kecik ati yea… Cube la lagi… Mungkin ade yang tak tau lg kan Che Li nie wat dua keja… Siang Cikgu malam Printer…. Ape2 hal pun core bussiness kena la utamakan… yang nie part time jek… kan kan kan…

Sape2 berminat boleh la CONTACT dan ORDER kat bikintshirt.com nie yek. Akhir sekali tuk malam nie… Singgah2 lah selalu… dan support bikintshirt.com yek… Bubbye…

Ikhlas Dar : CHE LI



Related Posts with Thumbnails