Posts tagged Image Negative

Kelas Printing RM100

Salam 1Malaysia dan salam bikintshirt buat semua. Hujung minggu nie Che Li nak la update blog nie. Rasanya nak update blog nie setiap hari ahad jek la. Sebab sepanjang minggu memang akan sibuk ngan sekolah dan part time printing nie… jadik tak la tertinggal lama sangat tak berupdate blog bikintshirt niekan?

Ok la, berbalik pada post kali nie. Ape dia? Kali nie nak share mengenai kelas printing bikintshirt.com. Jom tengok kelas pertama secara rasminya la key… Tak rasmi banyak dah… hehehe

En Shaid dari Bandar Putra Kulaijaya.

Ha kat atas tu gambar peserta pertama la yea. En Shaid namanya. Dari Bandar Putra Kulaijya. Dia nie ade kedai pakaian kanak2 kat jalan merbau sana. Orang kulai tau la mana letaknya ye jalan merbau tue… hehe… Tak banyak gambar Che Li amik pada hari tue. Maklumla baru first time nak mengajar secara formal… mana ade masa nak amik gamba (sibuk mengaja lakatakan)

Ok la, rasenya tak banyak nak cerita untuk post ni. Cuma kalau ade sapa2 yang berminat boleh la contact Che Li yea. Nak email dan sms pun ok jugak. Boleh la set masa dan harinya. Tapi memang hanya wat kelas hari Sabtu atau Ahad sahaja.

Kelas ASAS PERCETAKAN SILKSCREEN Che Li nie kalau nak sertai hanya perlu membayar RM 100 jek. Semua barang Che Li punya. Tapi kalau peserta nak beli barang sendiri dan bawak balik boleh pesan kat Che Li. Nanti Che Li orderkan kat supplier di sini. Memang ikut harga asal supplier yek. Che Li hanya amik RM 100 tue jek. Tapi yang pasti peserta boleh bawak balik baju yang diprint… senangkan.

Ok la… macam biasa akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips: meja xpose tak de yang standard. Ape2 pun boleh guna ikut kesesuaian. Tue Che Li nak wat post untuk akan datang. Bab kata sifu Che Li bro LAN Biochem… “Abang Old School jek…”

*info: nantikan post pasal meja xpose “old school aka sempoi” hehehehe….

Story of Us

Salam 1Malaysia dan salam bikintshirt. Pekaba semua. Rasanya lama dah tak update blog bikintshirtdotcom nie. So bila ada cikit masa nie curik2 la ruang untuk update blog nie. Job kali nie datang dari Tanjung Malim, Perak. Tshirt jenis microfibre dan lady’s cutting. Kalau dah lady’s cutting maksudnya tshirt tue kecik dan comel lakan ikut shape badan. Jom layan gambar2 yang sempat Che Li amik….

Selalu meja muat 8 helai jek. Tapi tshirt lady’s cutting nie boleh muat 10 helai kat atas meja.

Nie print kat depan.

Nama individu kat belakang.

Printing kat depan.

Nama-nama individu.

Gambar-gambar tue nampak blur cikit sebab kamera ade problem cikit. Bile check rupanya lense die ade macam bekas2 jari sebab dikerjakan oleh budak2 nakal dua orang tue… Ape2 pun “JOMBIKINTSHIRT” dan kalau sape2 berminat boleh la CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus… senang cerita. Akhir sekali salam sayang dari bikintshirtdotcom… bubye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

*tips: Ade orang kata pakai clorox untuk tanggalkan emulsion. Pada Che Li jangan la ek. Rosak kain ngan tangan. Beli jek removal dari supplier. Lepas tue cuci baki dye dengan cleansol. Insyaallah meshnya tahan lama.

*info: Tshirt Harimau Malaya ade cikit tergendala. Kena siapkan pesanan pelanggan dulu.. hehehe… apa2 pun singgah2 la untuk post yang lain yek.

I Love Camera (DSLR) dari Sarawak

Salam bikintshirt kepada semua yang masih setia dengan bikintshirt.com. Sihat2 semua hendaknya. Kali nie Che Li nak share satu job yang Che Li dapat dari Bumi Kenyalang (Sarawak). Ownernye Cik Wardah. Tshirtnya simple pakai tshirt putih dan print warna hitan serta merah.

Sebelum print gambar love.

Yang nie plak sebelum letak nama.

Untuk job tshirt nie, Che Li pakai merah special. Merah terang yang memang merah… hehehehe paham tak? Maksudnya merah la…  Brand baju nie Che Li memang setia dengan Enzo walaupun tak dapat lagi jadi direct agen dengan diorang. Sebabnya tshirt nie memang best dan  tak kecut… Che Li jamin puas hati.

Final printing. Setiap tshirt ade nama masing2.

Lepas packing dalam plastik.

Timbang kat Pejabat Pos Kulai.

Alhamdulillah, setakat nie dah sampai SABAH dan sekarang SARAWAK pulak. Harap2 kawan2 kat Sabah dan Sarawak leh la jengok2 kat blog nie. Kalau tempah tshirt lagi la bagus… hehehehe… Che Li bagi harga special…. hehehe… Maklumla kos penghantaran kan mahal cikit berbanding kat Semenanjung. Betul tak?…

So sape2 yang berminat bleh la CONTACT dan EMAIL Che Li atau CALL jek… Yang penting bincang… Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips : kalau mencetak baju hitam atau gelap, perlu diprint base putih sebelum diprint warna lain di atasnya.

*info : nantikan post mengenai pencucian blok untuk diguna pakai semula. Jangan percaya dengan charge blok yang dikenakan pencetak tshirt.



Related Posts with Thumbnails