Posts tagged ekspedisi
Perkhemahan Perdana SMKKS 2010
Oct 27th
Salam kepada semua pagi-pagi rabu nie dan salam bikintshirt.com Nie rasanya post pertama Che Li buat pada awal-awal pagikan? Jobs kali nie untuk Perkhemahan Perdana Unit Ko Kurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit. Tshirt round neck la kan untuk budak-budak dan warna biru muda. Printing pulak tak la susah sebabnya print kat depan jek. Untuk baju budak-budak Che Li print besar warna putih dan untuk cikgu-cikgunya pulak Che Li print logo warna hitam.
Tshirt maroon dan print warna putih.
T-shirt biru muda dan print logo warna hitam.
Untuk jobs nie Che Li guna ENZO sebab jobs nie nak pakai cepat. Memang suka ngan kualiti baju ENZO nie. Tapi sekarang Che Li suka pakai tshirt custome made sebab lebih fleksible dengan kehendak pelanggan. Cuma masa la yang jadi kekangan sebab tshirt custome made nie selalunye amik masa 2 hingga 4 minggu. Kalau paling cepat Che Li pernah wat, tshirt siap dua minggu. Itu pun sebab kilang tak pack dan Che Li tak banyak jobs masa tue.. heheehe.
Side by side tue. JOM BIKINTSHIRT
Baju-baju macam biasa la kan tunggu kering kat hall.
Nie la post Che Li pada pagi-pagi nie… Tunggu yea post Che Li yang akan datang dan terus support bikintshirt.com Kalau tak wat tempahan baju pun tak pe… singgah-singgah jek selalu untuk moral support bikintshirt.com kan… So sape-sape berminat boleh la CONTACT dan EMAIL Che Li yea atau CALL jek… Insyaallah Che Li akan sambut kedatangan anda… Akhir sekali “JOM BIKINTSHIRT”. bubbye…..
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
Kem Jati Diri Tanjung Piai, Johor
Oct 24th
Salam hujung minggu kepada semua. Rasenye ramai g jalan-jalan hujung minggu nie kan. Che Li lak macam biasa la… kalau tak keluar jalan-jalan maknanya melekat kat umah tengok tv. Tapi ari ni ada job yang nak kena settlekan… Ok la berbalik kepada post pada kali nie, macam biasa la kan, kawan-kawan support Che Li. Memamng kebanyakkan job dari member-member selain dari bikintshirt.com dan regular customer serta kaki-kaki (agent) yang ade… Pepehal kita tengok dulu baju-baju yang dapat ditangkap gambar-gambarnya.
Print kat bawah leher. Kem Jati Diri SMKKS, Taman Negara, Tanjung Piai.
Yang bestnya dengan kawan-kawan ni… selalunya design tak cerewet. Simple jek. Macam job-job yang lepas jugakkan… Tshirt hitam dan printing warna putih. Kuantiti boleh tahan la jugak… program sekolah la katakan mana sikit-sikit kan. Cakap pasal kuantiti niekan… bikintshirt.com selalunya amik tempahan minimum 25 helai, kalau kurang amik juga cuma kena tengok gak masa yang ade… lagi pun bila kuantiti lebih 25 helai boleh la Che Li bagi harga yang berpatutan. Sebab bila wat tshirt macam nie kuantiti memang main peranan… tapi jangan la pulak tak nak berbincang kan kalau kuantiti <25 helai… ape-ape pun bawak berbincangkan…
T shirt tunggu kering kat hall rumah Che Li.
Lagi satukan, rasanya ramai yang dah tahu Che Li wat tshirt nie atas dasar part time… pagi keja kat skolah – Cikgu… Walau pun part time memang tak menang tangan. Untuk mereka-mereka yang kat luar sana, yang masih baru ngan bikintshirt.com, untuk makluman semua, bikintshirt.com nie beroperasi kat parking umah Che Li jek. Kakitangan memang kakitangan Che Li sorang jek. Bermula dari Design, Blok Printing, Expose Image, Print Baju, g kilang supplier dan segalanya Che Li wat sorang-sorang… Macam tamak jek denga kan… tue sebab kadang-kadang Che Li terlepas pandang dan kadang-kadang menolak job yang diberikan… Insyaallah mana la tau kan bikintshirt.com akan jadi ade label sendiri… ha masa tue memang kena cari ramai pembantu…. mudah-mudahan…
Nampak keta Che Li tue? Semua operasi kat parking keta depan umah jek….
So jangan lupa support bikintshirt.com yea… bisnes ni sebenarnya projek jangka panjang… Untuk budak-budak dalam gamba tue… Danial dan Danish…. sebab tue tak rush sangat nak bukak kedai…. perlahan-perlahankan… Ape-ape pun sesiapa berminat leh CONTACT dan EMAIL Che Li… cuma kalau Che Li tak balas call jek kat 0137449320, insyaallah Che Li layan yek… akhir sekali “JOM BIKINTSHIRT”…. bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
PUTRA BIKERS Kulaijaya
Oct 18th
Salam 1 Malaysia. Sebelum tido nie tergerak la plak nak update satu post kat blog bikintshirt.com nie. Kali nie tshirt geng biker kulaijaya. PUTRA BIKERS nama geng motosikal berkuasa bosa nie. Tshirt nie diorang nak pakai mase majlis berbuka dengan Menteri Besar Johor. Masa dioarang bg memang packed. Ape taknye lebih kurang 3 hari jek nak order baju dan print. Pergh memang wat print sampai pagi. Blok printing Che Li siap kul 2 pagi sebab design pun tak wat lg. Lepas tue terus start printing samapai kul 6 pagi… Berpinau mata dibueknyo… Ape2 pun siap la jugak… Meh jengok gamba2 yang Che Li amik…
Nie lepas print logo besar kat belakang.
Sebenarnya kan bagi yang tak tau lgi la kan. Che Li memang print tshirt malam jek. Pagi keja, petang wat design ngan blok. Malam print tshirt. Tapi kalau bab urgent macam nie memang sampai pagi. Ape tak nye bila urgent maksudnye petang g amik tshirt so schedule dah lari. Tue yang blok siap kul 2pg tue. Walaupun designnye simple tak banyak kale, 4 blok la jugak Che Li pakai… Sengaja wat 4 blok, kalau nak jimat leh wat 2. Tapi Che Li nak semua blok jalan one shot… Paham kan… hehehe nanti ade mase Che Li terangkan ek… Dah lama tak bgi post pasal tips2 print t shirt kan?
Okey la, berbalik pasal baju nie, semuanya lengan panjang… dah namanye biker kan… Ha jom tengok lagi gamba2 nye…
Nie print logo yang dah siap kat bahagian belakang.
Yang nie plak logoo kat depan.
Untuk job nie Che Li dapat dari member sebenarnya…. dia join team biker nie… dia adela ajak, tp tak berkemampuan lgi la. Lain kali kalau dah cukup budget leh la… So bagi geng2 motosikal berkuasa yang ade kat luar sana leh lah CONTACT dan EMAIL Che Li kalau berminat… Boleh Che Li tambah koleksi tshirt biker seluruh Malaysiakan… Tp jangan la urgent2 sangat… Boleh patah pinggang dibueknyo… last sekali macam biasalakn, bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK








