Posts tagged design
Baju TVXQ Neemo
Jun 7th
Salam bikintshirt dan salam 1Malaysia. Pekaba semua…. Mula2 sekali terima kasih kat semua yang masih setia dengan bikintshirt.com nie. Maklum la wat post pun dah masuk sebulan sekali jek kan? Sowey banyak2… Che Li cuba sedaya upaya untuk updatekan bikintshirt.com nie sekerap yang boleh. Rasanya nak mintak bantuan Che Nisak la manage blog nie… Tengok la nanti kan… hehhee
Job kali nie lama dah Che Li siapkan… Kira job nie sekadar nak kongsikan dengan semua yang setia dengan bikintshirt.com nie… Lagi pun job nie ade problem dengan masa untuk disiapkan. Terlalu banyak job yang datang masa tue, sampaikan baju nie lambat sangat nak disiapkan. Ape2 pun terima kasih sangat kat Neemo sebab banyak bersabar dengan kelewatan untuk baju nie disiapkan…
Design kat belakang di bahagian kaki baju.
Untuk job nie banyak Che Li belajar dari kesilapan. Kalau dulu ade problem dengan baju “Blogger We Care” tapi bila benda yang sama berulang rasanya Che Li kena tau kapasiti kemampuan untuk menyiapkan satu2 job. Perkara2 diluar jangkaan juga perlu diambil kira supaya tak menjejaskan jangka masa sesuatu job itu perlu disiapkan.
Baju-baju yang dah disiapkan – depan.
Design belakang yang dah siap diprint.
Ok la kita berbalik kat baju2 nie plak. Untuk design depan dan belakang, total blok yang digunakan lebih kurang 13 buah blok. Banyakkan? Memang makan masa dan tenaga, tapi bila dah siap memang puas hati melihatnya. Ini adalah antara job yang paling Che Li suka sebab diluar kebiasaan Che Li selalu buat.
Sebahagian Blok yang digunakan.
Rasenya tak sampai 13 blok la… sebab ade beberapa warna Che Li kongsikan pada satu blok. Kira tips berguna jugak la kan untuk menjimatkan masa expose dan jumlah blok yang perlu dibuat… betul tak?
Lega rasenya bila job nie dapat disiapkan akhirnya. So untuk job2 akan datang Che Li akan cuba untuk manage masa untuk setiap jobs dengan lebih terancang dan tersusun. Inysaallah….Pada semua yang sentiasa bersama bikintshirt.com Che Li ucapkan berbanyak-banayk terima kasih dan bagi yang baru berkenalan dengan bikintshirt.com nie Che Li ucapkan selamat datang ke bikintshirt.com yea… Jangan lupa Call, SMS atau email Che Li yea… Akhir kata JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER. Bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
*tips : Kalau blok anda besar, cuba pertimbangkan untuk dimuatkan dua imej berbeza warna.
*info: Nantikan pelajar terbaru bikintshirt.com serta kaedah printing tanpa underbase.
Pakej Tshirt dan Banner Perkahwinan
Apr 1st
Salam bikintshirt dan 1Malaysia. Petang2 nie Che Li nak celik2kan mata nie dan post sesuatu yang menarik untuk semua. Selalu dapat job tshirt dan kadang2 atau jarang2 dapat job banner/streamer. Tapi kali nie dapat dua2 skali. Ape2 pun alhamdulillah…
Banner dan streamer pengantin.
Semua kat atas tue Che Li dapat dari Daizura dan Fazli. Pengantin perempuannya orang JOHOR dan yang lelaki plak orang GANU KITE. Senang jek berurusan dengan budak2 nie… memang serasi kedua-duanya… hehehe
Bila dikenang-kenag job kali nie terlintas la plak nak wat package pengantin/perkahwinan… Kad Kawin, Banner/streamer dan tshirt rewang… rasenye boleh wat tkan?… Insyaallah la untuk perancangan akan datang… ape2 pun semua kena adekan dulu… So sape2 kat luar tue ade niat dihati nak tempah tshirt atau banner/streamer ngan Che Li, jangan malu2 yek… marah2 pun jangan le… nak2 kalau tak berbalas… Yang penting CONTACT, EMAIL atau CALL(0137449320) jek dulu Che Li nie… Insyaallah masa dah semakin senggang dah nie.. hehehe… Akhir sekali ‘JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”… bubbye…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
*info: Nantikan projek meja baru dari Che Li. Nak meja renovation la kat meja yang dah ade kat umah tu… Akan bermula fasa ketiga “MEJA RENOVATION”.
*tips: Blok penting dalam printing tshirt nie. Pastikan blok tak bergoyang atau boleh senget2 ke kiri kanan… akibatnya registration tak akan menjadi…
Tshirt Harimau Malaya
Mar 31st
Salam bikintshirt dan salam 1Malaysia. Malam nie Che Li nak share pasal tshirt Harimau Malaya dan tshirt nie Che Li wat untuk satu mamat nie… Mr Edgham namanya. Mula2 bagi design Che Li kat dia tapi dia nak gak design macam gamba kat bawah nie…
Si Edgham nie peminat fanatik Malaysia sebab tue nak sangat baju2 nie… ape2 pun semangat “MALAYSIA BOLEH” la katakan.
Design nie Che Li gunakan Underbase.
Design setelah siap diprint layer kuning.
Lepas nie tak buat dah design nie. Che Li nak jalan design Harimau Malaya versi bikintshirt.com. Bukannya ape nak menghormati HARIMAUMALAYA.com. Walaupun gamba rimau tue asalnya dari HAMILTON TIGER-CATS Football Clubs… hehehehe… Okey la nanti kalau dah print satu sampel Che Li post kan kat sini… So sesapa yang berminat boleh lah singgah2 selalu kat cini dan tunggu design HARIMAU MALAYA versi bikintshirt.com yea…. Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”… bubbye… Jangan lupa CONTACT, EMAIL atau CALL(013-7449320) jek terus Che Li nie untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
*tips: Kenapa pakai underbase? Sebabnya warna akan jadik lebih menyala dan terang berbanding warna tanpa underbase. Kenapa? ha nanti ada masa Che Li bagi tau… hehehe…
info: Post akan datang mengenai job dari Daizura dan Fazli. Pengantin dari Pontian dan Terengganu.













