Jenis-Jenis Ink Dalam Silkscreen Printing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sambil-sambil tengok game JDT/Kedah nie, Che Li amik kesempatan lah untuk update cikit blog bikintshirt.com nie.

Untuk post kali nie, Che Li nak kongsi sikit mengenai jenis-jenis ink yang sering digunakan oleh kebanyakan pencetak-pencetak diluar sana.

Ada 2 jenis ink yang kita perlu tahu. Water-based Ink dan Plastisol Ink.

Water-based ink  dibahagikan kepada 2 iaitu Rubberised Ink dan Discharge Ink. Untuk rubberised ink ada jugak yang menyebutnya Rubber Dye. Tak de masalah bab istilah tue, sebab ianya water-based. Sebabnya ada dikalangan kita mengaitkannya dengan bahan pewarna dye yang hanya larut dalam air. Oleh kerana rubberised ink itu bersifat water-based, maka ada yang memanggilnya Rubber Dye. Ok jek. Jangan lah serius sangat kan? Tapi apa yang penting ianya memberikan hasil cetakan yang bergetah dan lembut.

Manakala Discharge Ink pula digunakan bersama dengan activator yang akan mengaktifkan ink tersebut untuk digunakan. Berbeza dengan Rubberised Ink yang hasilnya seperti bergetah, Discharge Ink nie hasilnya sangat lembut dan seperti tidak meninggalkan kesan langsung, anda hanya akan merasa kelembutan tshirt sahaja. Memang best. Selain ianya lebih sejuk dipakai kerana pengudaraan tidak terganggu. Namun hasil cetakkan akan pudar sedikit selepas cucian. Ianya suatu kebiasaan… Nampak lebih vintage.

Ink yang terakhir sekali ialah Plastisol Ink. Ada jugak pencetak memanggilnya Plastisol Dye. Yang ini memang salah. Sebabnya Plastisol Ink bukan lah water-based. Ianya solvent-based. Plastisol Ink nie bersifat plastik. Dan menjadi kegemaran pencetak-pencetak yang  selalu mencetak dengan teknik cmyk process color dan simulated spot color separation. Kerana Plastisol ink nie boleh digunakan untuk kiraan mesh yang lebih tinggi, sesuai dengan hasil cetakan yang memerlukan detail-detail yang halus. Selain daripada itu plastisol ink tidak akan kering walaupun dibiarkan terdedah pada suhu biasa bilik. 2-3 bulan pun ok jek. Tidak seperti Rubberised Ink yang mudah kering dan tersumbat pada mesh. Ianya hanya akan kering pada suhu 165 darjah celcius ke atas bergantung pada produk yang digunakan.

Apa pun jenis ink yang anda guna semuanya berkaitan dengan keperluan cetakan dan keselesaan anda. Ada yang tak pernah langsung guna discharge ink dan plastisol ink, rubberised ink full time. Ada yang plastisol ink jek. Discharge ink lebih kepada tambahan jek dikalangan pencetak. Jarang full time pakai discharge ink.

Diharap apa yang dikongsikan pada post kali ini dapatlah memberi gambaran sedikit sebanyak tentang ape yang dikatakan Water-Based Ink (Rubberised Ink, Discharge Ink) dan Plastisol Ink. Untuk penjelasan lanjut nanti Che Li kongsikan pada post yang lain yang lebih detail tentang setiap jenis ink. Insha Allah…

Akhir kata, JOM bikintshirt…

Next post
Jenis-Jenis Ink Dalam Silkscreen Printing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *