Tips

Jelajah Amal Pulau – Putra Bikers

Salam 1Malaysia dan salam bikintshirt kepada semua. Sekali lagi bikintshirt.com diberi kepercayaan untuk mencetak baju dari kelab motosikal berkuasa besar “PUTRA BIKERS“. Cuma pada kali nie bukan baju kelab tapi baju program “JELAJAH AMAL PULAU” kendalian kelab tersebut. Intro sikit….

Keratan dari KOSMO yang Che Li amik dari Facebook Putra Bikers.

Tshirt jelajah nie ade dua warna – putih dan merah. Putih untuk peserta atau ahli kelab dan merah untuk marshal. Walaupun print kat atas tshirt putuh tapi banyak jugak kerjanya. Kenapa? Jom tengok…

Print warna oren untuk matahari.

Print hijau muda untuk gunung.

Print hijau tua untuk daun poko kelapa.

Print coklat untuk batang pokok kelapa.

Akhir sekali merah, biru tua dan hitam.

Untuk design belakang Che Li gunakan 7 blok kesemuanya. Setiap warna menggunakan satu blok untuk diprint. Bayangkan la kalau da 7 blok printing. Nasib baik warna putih, tak la patah pinggang dibuatnya….

Tshirt nie dah lama dah siap, cuma tak de masa jek nak postkan… nie dah cube susun jadual kerja…. ingat nak update hari Ahad jek. Tapi rasenya Ahad nie busy tue postkan hari nie jek terus.

Logo kelab PUTRA BIKERS diprint di sebelah kiri dada.

Untuk baju merah nie ade sedikit perubahan pada skema warna,

Tshirt Marshal Che Li watkan 6 sahaja.

Design belakang dah siap dan tengah keringkan bawah kipas kat hall.

Design depan print belah kiri macam biasa terdampar kat hall dan bawah kipas.

Rasanya nie post paling banyak gambarkan? Saja nak bagi banyak2. Nak semua yang kat luar tue enjoy sepuas-puasnya. Apa2 pun kalau ade yang berminat nak tempah jom CONTACT, EMAIL dan CALL Che Li… Insyaallah berbalas. Kalau lambat jangan marah yea… Akhir kata salam sayang dan “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER” dari keluarga bikintshirt.com… bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

*tips: untuk print baju dengan pelbagai warna. Kenala wat satu blok untuk satu warna. Kalau ade sepuluh warna, wat la 10 blok. Tapi boleh gak wat kurang. Macam mana? Ha tunggu la post tutorial akan datang.

*info: Post akan datang Che Li nak post pasal banner plak. Alhamdulillah berjalan la jugak walaupun perlahan lagi… hehehehe

Kelas Printing RM100

Salam 1Malaysia dan salam bikintshirt buat semua. Hujung minggu nie Che Li nak la update blog nie. Rasanya nak update blog nie setiap hari ahad jek la. Sebab sepanjang minggu memang akan sibuk ngan sekolah dan part time printing nie… jadik tak la tertinggal lama sangat tak berupdate blog bikintshirt niekan?

Ok la, berbalik pada post kali nie. Ape dia? Kali nie nak share mengenai kelas printing bikintshirt.com. Jom tengok kelas pertama secara rasminya la key… Tak rasmi banyak dah… hehehe

En Shaid dari Bandar Putra Kulaijaya.

Ha kat atas tu gambar peserta pertama la yea. En Shaid namanya. Dari Bandar Putra Kulaijya. Dia nie ade kedai pakaian kanak2 kat jalan merbau sana. Orang kulai tau la mana letaknya ye jalan merbau tue… hehe… Tak banyak gambar Che Li amik pada hari tue. Maklumla baru first time nak mengajar secara formal… mana ade masa nak amik gamba (sibuk mengaja lakatakan)

Ok la, rasenya tak banyak nak cerita untuk post ni. Cuma kalau ade sapa2 yang berminat boleh la contact Che Li yea. Nak email dan sms pun ok jugak. Boleh la set masa dan harinya. Tapi memang hanya wat kelas hari Sabtu atau Ahad sahaja.

Kelas ASAS PERCETAKAN SILKSCREEN Che Li nie kalau nak sertai hanya perlu membayar RM 100 jek. Semua barang Che Li punya. Tapi kalau peserta nak beli barang sendiri dan bawak balik boleh pesan kat Che Li. Nanti Che Li orderkan kat supplier di sini. Memang ikut harga asal supplier yek. Che Li hanya amik RM 100 tue jek. Tapi yang pasti peserta boleh bawak balik baju yang diprint… senangkan.

Ok la… macam biasa akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips: meja xpose tak de yang standard. Ape2 pun boleh guna ikut kesesuaian. Tue Che Li nak wat post untuk akan datang. Bab kata sifu Che Li bro LAN Biochem… “Abang Old School jek…”

*info: nantikan post pasal meja xpose “old school aka sempoi” hehehehe….

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM

Salam Maulidur Rasul dan salam bikintshirt. Cuti2 nie Che Li amik kesempatan update blog bikintshirt.com nie. So untuk kali nie Che Li nak kongsi2 bersama satu job yang Che Li dapat dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM. Job nie Che Li dapat dari Cik Habsah, dia yang menguruskan tempahan tshirt2 nie… Jom kita tengok ape yang ade…

Design depan.

Design Belakang.

Print banyak-banyak… hehehehe…

Semua Kena Marking.

Tshirt tunggu kering.

Untuk tshirt nie Che Li pakai 5 blok kesemuanya dan tak de underbased. Jadi tak la leceh sangat. Cuma masa jek yang agak pack untuk tshirt nie. Yang kelakarnya Che Li tak perasan pada hari yang sepatutnya tshirt2 nie sampai jatuh pada cuti Thaipusam, so terpasala hantar sendiri ke UKM. Yang penting pergi dan balik dalam keadaan selamat. Tshirt tue pun dapat la diaorang pakai pada Kem Bina Jati Diri PSSCMUKM 2011. Alhamdulillah…

Ppada sesiapa yang berminat untuk tempahan tshirt untuk bulan March dan seterusnya boleh la CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus untuk berhubung dengan Che Li. Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”… bubbye…

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK

*tips: Untuk memulakan biz printing tshirt ape yang perlu ialah papan pelapik dalam baju perlu banyak. Meja 4′x8′ ade satu pun jadik dah…

*info: Next post mengenai kelas printing bikintshirt.com



Related Posts with Thumbnails