T-Shirt For Sale
RIMBA BARA TACTICAL ASSAULT GROUP – RIBATAG
Jan 4th
Salam 1Malaysia dan salam bikintshirt. Kali nie bukan nak cerita pasal job yang Che Li dapat tapi nak bagi tau kat semua, mulai tahun nie bikintshirtdotcom nak promosi tshirt kami sendiri. So dimulai dengan baju “RIMBA BARA TACTICAL ASSAULT GROUP”. Tak de kena mengena dengan nama kumpulan muzik dalam cerita “ROCK” yea… Baju nie sebenarnya dapat ilham dari team paintball yang gemar main scenario berbanding speed ball. Boleh pakai masa gi main paintball kat hutan kan? Harga setakat nie RM25 sehelai termasuk kos penghantaran. So sape2 berminat boleh la CONTACT, EMAIL dan CALL jek terus Che Li…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT&BIKINBANNER”…. bubbye…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
*tips: Ade dua jenis photo emulsion. Yang pertama jenis campuran emulsion dengan sinsitiser dan yang kedua jenis dah siap bancuh dan terus pakai (tahan lama) – Sesuai untuk beginner atau job jarang2.
*info: Nantikan tshirt “HARIMAU MALAYA” versi bikintshirtdotcom.
I Love Camera (DSLR) dari Sarawak
Dec 17th
Salam bikintshirt kepada semua yang masih setia dengan bikintshirt.com. Sihat2 semua hendaknya. Kali nie Che Li nak share satu job yang Che Li dapat dari Bumi Kenyalang (Sarawak). Ownernye Cik Wardah. Tshirtnya simple pakai tshirt putih dan print warna hitan serta merah.
Yang nie plak sebelum letak nama.
Untuk job tshirt nie, Che Li pakai merah special. Merah terang yang memang merah… hehehehe paham tak? Maksudnya merah la… Brand baju nie Che Li memang setia dengan Enzo walaupun tak dapat lagi jadi direct agen dengan diorang. Sebabnya tshirt nie memang best dan tak kecut… Che Li jamin puas hati.
Final printing. Setiap tshirt ade nama masing2.
Timbang kat Pejabat Pos Kulai.
Alhamdulillah, setakat nie dah sampai SABAH dan sekarang SARAWAK pulak. Harap2 kawan2 kat Sabah dan Sarawak leh la jengok2 kat blog nie. Kalau tempah tshirt lagi la bagus… hehehehe… Che Li bagi harga special…. hehehe… Maklumla kos penghantaran kan mahal cikit berbanding kat Semenanjung. Betul tak?…
So sape2 yang berminat bleh la CONTACT dan EMAIL Che Li atau CALL jek… Yang penting bincang… Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
*tips : kalau mencetak baju hitam atau gelap, perlu diprint base putih sebelum diprint warna lain di atasnya.
*info : nantikan post mengenai pencucian blok untuk diguna pakai semula. Jangan percaya dengan charge blok yang dikenakan pencetak tshirt.
Pakatan Rewang
Dec 3rd
Sejahtera bikintshirt. Pekaba semua? Sihat semuanya? Harap2 semua sihat belaka, yang kurang sihat jom g jumpa doktor dan banyak2kan berehat yea. Ok la jom balik kat post kali nie. “PAKATAN REWANG”, sedapkan bunyinye. Tshirt nie sekali lagi Che Li dapat dari PFR-Pusat Fotokopi Razak. Memang selalu dapat tshirt rewang dari diorang nie.
Suka tengok logo Satu Malaysia tu. Apa taknya sebab berjaya print kat atas tshirt. Sebab sebelum nie asyik dok tengok kat t-shirt orang lain dan terpikir…. macam mana la nak print logo nie… kalau besar tak pe, nie kecik. Alhamdulillah akhirnya tercapai gak hasrat.
Yang nie print kat belakang. Pakai “Registration Point”.
Bagi sesiapa yang nak tempah tshirt rewang ngan bikintshirt.com leh la CONTACT, EMAIL tak pun CALL jek terus…. Harga memang boleh dirunding. Sebab ngan Che Li memang kena call then discuss. Sebabnya memang nak bagi harga termurah yang boleh… memang leceh lakan tapi insyaallah puas hati…. ingat tau, ape2 kita bincang…. gerenti beres… hehehe…. “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… ha sebelum tue kalau nak tempah banner atau bunting kenduri kawin pun dialu-alukan…. bubbye…
Ikhlas DAri : CHE LI & CHE NISAK
*tips : sebaiknya selepas printing tshirt, bila kering boleh seterika untuk menjadikan kualiti print menjadi lebih licin, lembut, rata, berkilat dan tahan lama.
*info : apa berlaku pada blok selepas kita gunakan? boleh guna lagi ke? Nantikan post “Cuci Blok Printing” bagi mereka yang berminat mencetak tshirt. Boleh jimat nie.












