Archive for the 'Basic of Silkscreen' Category

Cuci Blok Silkscreen Printing

Salam muhibah 1Malaysia dan salam bikintshirt. Rasenya sempat lagi nak tunai janji untuk update hari nie, walaupun dah masuk 21/12 kan… Busy sangat arie nie. Sori dan mintak maaf kat semua yea… Tadi pun dah kena komen pasal tak update… Apa2 pun terima kasih sebab sudi singgah dan tunggu update terbaru dari bikintshirt.com. Terima kasih semua…

Dua chemicals yang amat penting.

Ha nampak tak dua bekas kat atas tue. Satu botol dan satu tin. Panggil diaorang botin… hehe. Okey la, tak yah merepek… Macam nie sebenarnya. Lepas selesai print kat atas tshirt, selalunya proses yang Che Li akan lakukan ialah mencuci blok. Bukan cuci untuk buang dye yang lebih atau tertinggal, tapi kasik bersih semuanya…. nak tau kan?

Dalam botol tue ade cecair yang selalu Che Li panggil “Photo Emulsion Removal” dan yang dalam tin pulak “Cleansol”. Ape guna setiap satunya… jom baca lagi…

Untuk Tanggalkan Emulsion, guna “Photo Emulsion Removal”.

Mula2 gunakan “Photo Emulsion Removal” untuk tanggalkan lapisan emulsion tue. Caranya sapu kat permukaan dalam dan luar silkscreen. Teruskan sehingga emulsion mula cair dan tanggal.

Tembak dengan air.

Lepas tue sembur dengan air tekanan tinggi. Macam Che Li, guna jek kepala pancutan pokok bunya tue. Murah cikit. Budget pun budgetkan. Pancut atau sembur sampai semua tanggal.

Hasil setelah selesai menanggalkan emulsion.

Kalau tengok tul2 kat blog tue, mesti perasankan ade kesan yang tinggal. Kesan tue sebenarnya datang dari dye yang tak tanggal dan pigment yang meresap atau melekat kat mesh silkscreen. Macam mana nak tanggalkannye? Ha baru la “Cleansol” memainkan peranan.

Sapu cleansol sampai semua dye dan pigment tertanggal.

Buat macam mula2 nak tanggalkan emulsion. Cuma kali nie nak tanggalkan dye dan pigment yang tertinggal atau melekat. Gunakan “Cleansol” untuk proses ni. Dah tangggal semua, pancutkan denga air tekanan tinggi (taukan camne nak jimat).

Sembur sampai bersih.

Ha senangkan? Harap2 tutorial nie bermanfaat untuk semua. So jangan lupa singgah2 selalu kat bikintshirt.com nie yea. Mana tau tergerak nak tempah dengan kami. Kalau berminat boleh la CALL, EMAIL atau CONTACT jek terus… senang cerita. Tapi kalau lambat dapat feedback jangan la mara yer. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… bubbye….

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

*tips : patikan papan untuk printing sentiasa bersih. Ini bagi mengelakkan kesan bekas bila diprint. Selalunya kesan benang jobs sebelumnya yang melekat pada papan.

*info : lagi post mengenai “PUTRA BIKER”. Tunggu yek…. jangan la marah yea kalau lambat. Thanks for ur support.


Tips Untuk Rubber Dye Silkscreen

Salam Tahun Baru. Pekaba semua. Semalam kat twitter Che Li dah janji nak wat post pasal “Dye Preparation”. Sebenarnya post kali nie lebih kepada nak prepare rubber dye yang dah likat. Atau bila guna masa print dia akan sebabkan ketulan2 kecil yang ganggu proses printing. Ketulan nie juga menyebabkan blockage.

Peralatan dan bahan yang anda perlukan.

Rubber Dye merah yang nak di cairkan.

Reducer dan bekas kosong.

Mungkin ada yang nak tau ape bendanya reducer tue kan? Ha reducer nie bahan yang kita gunakan untuk melicinkan dye, so masa sapu dye lembut jek prosesnye. Dia juga mencairkan dye supaya tak la likat dan lambat kering. So lambat la nak blockage.

Tambah reducer ke dalam bekas rubber dye merah tadi.

Lepas tue kisar la guna mixer wat kek…. hehehehe

Nak tambah reducer tue ikut sesedap rasa la… hehehe kalau nak lagi cair tambah lagi banyak. Senangkan? Che Li suka yang rubber dye yang lembut, tak berapa cair dan tak berapa likat. Ikut skill dan style masing2 lakan.

Campuran yang dah sebati dikeluarkan dari bekas.

Gamba kat atas tue menunjukkan salah satu proses yang sangat penting. Campuran yang dah sebati tadi kita tuangkan ke atas jaring silkscreen. Che Li guna jaring/mesh 1200. Lagi halus lagi bagus. Kenapa?

Kasi bungkus sama itu rubber dye…

Dapat la SUP BONJOT CHE LI… hehehehe

Mari mengotorkan jari2 anda.

Kotorkan lagi jari2 anda… hehehehe…

Dari urutan gamba2 kat atas tue rasanya semua dah boleh ikutkan apa nak buat. Cuma kat sini Che Li nak terangkan kenapa kena wat proses yang mengotorkan nie? Sebenarnya proses nie akan memerangkap ketulan2 kecil atau kotoran yang berada di dalam dye. Maklumla bila dye dah lama sebahagian akan jadi ketul2. Jadi proses tapisan/saringan ini akan memudahkan dye yang kita perolehi nanti lebih senang untuk menembusi mesh/jaring silkscreen. So takdela nak blockage2 selalu. Selain daripada itu dye akan lebih lembut dan lebih licin.

Okey tak tips malam nie? Harap tips nie berguna untuk semua… terutama yang baru nak belajar print baju atau tshirt. Singgah la selalu kat bikintshirt.com nie. Che Li bukan sekadar nak wat untung print tshirt atau baju tapi berkongsi ilmu kat semua. Tue specialnya bikintshirt.com nie. So sape2 nak belajar atau bertanya pasal Che Li sudi2 la CONTACT, EMAIL dan CALL Che Li…. Insyaallah Che Li tolong. Akhir kata “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”…. bubbye…..

Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.

Meja Printing Tshirt

Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.

Meja yang dah ade Sistem Marking.

Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….

Baru siap satu meja.

Marking pakai paku besar jek.

Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK

Related Posts with Thumbnails