Bagaimana Ingin Memulakan Bisnes atau Hobi Cetak T shirt

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila bersembang pasal bisnes ni, memang awesome. Lagi-lagi kalau berkaitan dengan bisnes mencetak tshirt.

Kelebihan perniagaan ini adalah kerana ianya boleh dimulakan hanya di rumah anda tanpa perlu bersusah payah menyewa kedai. Disitu telah memberikan penjimatan dari segi kos. Ditambah lagi dengan perniagaan dijalankan secara online.  Boleh dikatakan kebanyakan bisnes percetakan tshirt ini dijalankan secara online. Mudah kan?

Berbalik kepada topik post ini, Che Li nak kongsikan beberapa komponen penting untuk memulakan biz tshirt di rumah anda.

A) Minat
Minat merupakan asas yang paling utama. Sebab nak mencetak ni bukannya kerja mudah. Hasilnya memang nampak macam senang dibuat. Tapi bagi yang dah menceburi bidang ni, tahulah perit jerih dan penat lelah nak menyiapkannya. Che Li dah banyak mengajar melalui “Kelas Asas bikintshirt”, tak semua yang belajar meneruskan minat dan cita-cita dalam bidang ni. Sebab lebih selesa menjadi orang tengah dan menjualnya sendiri.  Terus terang Che Li katakan yang menjual lebih besar untungnya berbanding yang mencetaknya. So nak yang mana? Production, middle man, reseller, branding atau semua sekali. Pokok utamanya kenal pasti apa yang anda inginkan. Simple.

B) Ilmu
Sebelum meneruskan minat anda, Che Li sarankan timbalah ilmu mencetak tshirt ni. Sertai kelas-kelas asas cetak tshirt yang banyak ditawarkan di Malaysia ni. Mulakan dengan asas, setelah mahir barulah sertai kelas-kelas yang lebih advance seperti kelas berasaskan plastisol seperti simulated color process atau cmyk full color process  printing. Jangan lupa ilmu perniagaan sebab anda ingin berniaga. Ilmu mencetak tshirt dan ilmu perniagaan perlu seiringan.

C) Ruang
Anda tidak memerlukan keluasan ruang yang terlalu besar. Bilik standard di kebanyakan rumah atau tempat meletak kereta sudah memadai. Che Li bermula dengan bilik di tingkat atas. Proses mencetak semua di atas lantai. Lama kelamaan pindah pula ke tempat letak kereta (bermulanya bikintshirt.com) dengan meja untuk cetakan 16 tshirt sekali cetak. Namun yang paling penting adalah bagaimana anda setting ruang yang anda ada.

D) Peralatan dan Bahan
Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan:

1. Blok kayu (Boleh beli atau tukang sendiri)
2. Jaring Poliester (Jangan beli di Jakel pulak)
3. Gum Dunlop atau yang lebih baik darinya.
4. Photo Emulsion
5. Emulsion Coater (boleh buat sendiri menggunakan angle
aluminium)
6. Hair dryer
7. Gunting
8. Stapler Gun
9. Mesin expose (akan dibincangkan pada topik akan datang)
10. Filem untuk membuat positif imej
11. Timer atau jam digital
12. Komputer atau sengakatan dengannya
13. Software editor seperti Adobe Photoshop/Ilustrator/CorelDraw.
Pakailah apa2 software pun yang anda boleh melukis dengannya)
14. Screen Strip Powder
15. Rubber Ink dengan warna-warna asas.
16. Platen untuk mencetak tshirt
17. Table  glue

semua di atas hanyalah keperluan asas.  Che Li akan terangkan kegunaan bahan dan alatan di atas pada post-post akan datang.

E) Marketing
Bab nie perkara yang paling asas untuk memulakan bisnes anda, Che Li cadangkan konsep “BE A LOCAL HERO”.  Mulakan dengan orang-orang disekeliling anda. Then post lah hasil kerja anda di FB, INSTAGRAM, Twitter atau mana2 medium sosial yang anda tahu. Start simple. Kekal di sini sehingga anda bersedia dan yakin dengan kualiti yang anda mampu berikan kepada pengguna. Then keluar dari zon selesa tersebut untuk meluaskan skop bisnes anda. Selebihnya teruskan menuntut ilmu dan jangan cepat berpuas hati. Keep moving foward. Bolehkan?

Okaylah, sampai setakat di sini dulu yea. Sebarang kekurangan harap dimaafkan dan akan diperbaiki kelak.

Akhir kata JOM bikintshirt….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *