Archive for December, 2010
Everlasting 4ever
Dec 29th
Salam 1Malaysia. Pekaba semua. Happykan? Tahniah kat team Malaysia. Akhirnya johan Piala AFF Suzuki Cup. Syabas Harimau Malaya. Tahun 2010 memang best buat team bola Malaysiakan? harap2 berkekalan…
Ok2 kita balik kat post hari nie plak. Mulanya nak update post pasal baju PRA-U UKM, tapi ade satu job yang nak pakai cepat, so buat la baju budak2 nie dulu. Baju PRA-U UKM rasenya minggu depan baru nak kongsi kat cini dan satu job untuk tshirt HARIMAU MALAYA. Singgah2 la selalu yek….
Tshirt nie Che Li tak banyak keja. Dua blok keseluruhan. Print plak satu warna. Memang tak banyak kerja. Design customer Che Li yang bagi. So bab touch up design tak jadi hal.
Design nie memang simple tapi cantik.
Design blakang nie touch up cikit jek.
Tshirt nie Che Li tak buat dalam kuantiti yang banyak. Memang santai. Suke jugak bila dapat job ringan2 macam nie. Tue boleh main selit2 antara jobs lain. Bagi sesiapa yang kat luar tue yang nak tempah tshirt ngan bikintshirt.com boleh la CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus, jangan segan2. Bukan nak tempah jek tau, nak tanya pasal printing pun boleh. Akhir sekali macam biasalakan… “JOM BIKINTSHIRT&BIKINBANNER”… bubbye..
Ikhlas Dari: CHE LI & CHE NISAK
*tips: Untuk pastikan blok tahan lama. Selepas siap ekspose dan kering. Jemur jek kat bawah matahari. Biarkan jek sehari suntuk. Tapi tak galakkan kalau blok nak kitar semula. Sebab susah untuk dicuci dengan removal.
*info: Nantikan post dari PRA-U UKM…singgah2 la selau yek.
PUTRA BIKERS
Dec 22nd
Salam 1MALAYSIA dan salam bikintshirt. Pekaba semua. Dua hari nie penat cikit. Bukan pasal print tshirt tapi sibuk ngan urusan keluarga. Apa2 pun Che Li nak jugak update post terbaru dari bikintshirt.com. Terbaru ke baru nak updatekan… hehehe…Kalau yang dah biasa ngan bikintshirt mesti taukan. Yang tak tau tue nampaknya Che Li nak berahsia la….
Tshirt leher dan lengan putih.
KEY pun nak dicetak dengan logo.
Print atas face mask HARLEY DAVIDSON.
Memang menyala tshirt nie. Dari Cameron Highland.
Batch Kedua dari “PUTRA BIKERS”.
Batch Ketiga dari “PUTRA BIKERS”.
Kali nie malas nak tulis panjang2. Just nak kongsi gamba. Kenapa? Sebabnya job kali nie lebih kepada penambahan dari job asal. Tue sebab Che Li tulis batch kdeua dan ketiga. Bagi sapa2 yang tak tau lagi pasal baju nie boleh la ke sini. So sapa2 yang ade group moto, kereta dan macam2 lagi boleh la CONTACT, EMAIL dan CALL Che LI. Jangan segan2…. akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT”… bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
tips : Gam baju! Apa tue? Penting untuk memastikan baju melekat kat papan printing. Sesuai untu mencetak lebih dari 1 warna.
info : Nantikan post terbaru kami dari PRA-U UKM. Singgah2 selalu.
Cuci Blok Silkscreen Printing
Dec 21st
Salam muhibah 1Malaysia dan salam bikintshirt. Rasenya sempat lagi nak tunai janji untuk update hari nie, walaupun dah masuk 21/12 kan… Busy sangat arie nie. Sori dan mintak maaf kat semua yea… Tadi pun dah kena komen pasal tak update… Apa2 pun terima kasih sebab sudi singgah dan tunggu update terbaru dari bikintshirt.com. Terima kasih semua…
Dua chemicals yang amat penting.
Ha nampak tak dua bekas kat atas tue. Satu botol dan satu tin. Panggil diaorang botin… hehe. Okey la, tak yah merepek… Macam nie sebenarnya. Lepas selesai print kat atas tshirt, selalunya proses yang Che Li akan lakukan ialah mencuci blok. Bukan cuci untuk buang dye yang lebih atau tertinggal, tapi kasik bersih semuanya…. nak tau kan?
Dalam botol tue ade cecair yang selalu Che Li panggil “Photo Emulsion Removal” dan yang dalam tin pulak “Cleansol”. Ape guna setiap satunya… jom baca lagi…
Untuk Tanggalkan Emulsion, guna “Photo Emulsion Removal”.
Mula2 gunakan “Photo Emulsion Removal” untuk tanggalkan lapisan emulsion tue. Caranya sapu kat permukaan dalam dan luar silkscreen. Teruskan sehingga emulsion mula cair dan tanggal.
Lepas tue sembur dengan air tekanan tinggi. Macam Che Li, guna jek kepala pancutan pokok bunya tue. Murah cikit. Budget pun budgetkan. Pancut atau sembur sampai semua tanggal.
Hasil setelah selesai menanggalkan emulsion.
Kalau tengok tul2 kat blog tue, mesti perasankan ade kesan yang tinggal. Kesan tue sebenarnya datang dari dye yang tak tanggal dan pigment yang meresap atau melekat kat mesh silkscreen. Macam mana nak tanggalkannye? Ha baru la “Cleansol” memainkan peranan.
Sapu cleansol sampai semua dye dan pigment tertanggal.
Buat macam mula2 nak tanggalkan emulsion. Cuma kali nie nak tanggalkan dye dan pigment yang tertinggal atau melekat. Gunakan “Cleansol” untuk proses ni. Dah tangggal semua, pancutkan denga air tekanan tinggi (taukan camne nak jimat).
Ha senangkan? Harap2 tutorial nie bermanfaat untuk semua. So jangan lupa singgah2 selalu kat bikintshirt.com nie yea. Mana tau tergerak nak tempah dengan kami. Kalau berminat boleh la CALL, EMAIL atau CONTACT jek terus… senang cerita. Tapi kalau lambat dapat feedback jangan la mara yer. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”… bubbye….
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK.
*tips : patikan papan untuk printing sentiasa bersih. Ini bagi mengelakkan kesan bekas bila diprint. Selalunya kesan benang jobs sebelumnya yang melekat pada papan.
*info : lagi post mengenai “PUTRA BIKER”. Tunggu yek…. jangan la marah yea kalau lambat. Thanks for ur support.














