Salam bikintshirt kepada semua. Seperti yang dijanji, malam nie Che Li nak tunjuk dan terangkan la macam mana nak print 7 warna menggunakan kaedah “Regsitration Mark”. Mula- mula jom tengok gambar kat bawah nie…
Gamba kat atas tue merupakan imej sebenar yang hendak diprint. Nampak tak “L-angle” tue. Sebelum Che Li tampal kertas tue kat meja tue, Che Li letak atas tshirt dulu. Che Li adjust2 la atas tshirt tue. Dah dapat kat mana nak print imej tue, Che Li ukur jarak kepala kertas tue ke kayu tengah. Kenapa kayu tengah? Sebab penanda berada kat kayu tengah tu. Nampak tak paku tue? Ha tu la penandanya. Kertas tue Che Li lipat tengah sebagai rujukan center tshirt. Amik kertas tu ukur jarak kepala ke kayu tengah, then lepas tu tampal dengan masking tape. Settle first step.
Step kedua ambil blok yang dah siap sebelum nie dan tekap atas gamba tadi. Contoh kat atas merupakan blok untuk base putih. Tapi sebelum tu tengok gamba kat bawah ni dulu…
Tengok skru hitam tue dulu. Abaikan penanda “T” tue.
Sebelum atau selepas tekap, ikut suka la mana nak buat dulu. Kalay Che Li, Che Li pasang skru tue dulu kat kiri dan kan blok dulu. Then baru tekap. Masa tekap, kalau imej terkebawah, longgarkan skru tue. Kalau imej terlalu ke atas pulak, kena la ketatkan. Takpe2 nanti masa buat paham la. Satu lagi kegunaan skru nie ialah untuk adjust blok supaya tegak dan tindih tepat dengan imej. Maksudnye imej ngan blok tak sengat la, tindih betul2 sharp. Contoh kalau blok sengat ke kanan, longgarkan skru sebelah kanan dan ketatkan skru sebelah kiri. Kalau senget ke kiri plak, longgarkan skru kiri dan ketatkan skru kanan plak. Apa2 pun nanti masa buat paham la…
Pasang penanda “T” atau “L” kat blok.
Last step, bila imej ngan blok dah cun2 bertindih, amik pasang penanda “T” atau “L” kat blok. Pastikan penanda kat blok bersentuhan dengan penanda di kayu tengah. Penanda nie penting, sebabnya penanda nie memastikan blok akan jatuh kat atas tshirt pada kedudukan yang sentiasa sama pada setiap baju.
Hasil setelah 5 warna digunakan.
Ulang la untuk setiap blok bagi warna2 yang berbeza. Step yang sama diulang. Gamba kat atas nie menggunakan “Registration Mark”. Memang senang dan cepat sangat nak print lima warna nie. Tak perlu bongkok, tekap dan penat kan mata dan sakit pinggang.
Gamba kat atas tue hasil akhir setalah Che Li print 7 warna semuanya. Bermaksud 7 blok keseluruhan Che Li kena siapkan untuk job nie. Kalau tengok gamba2 kat atas nie, walaupun Che Li print gamba kecik, tapi blok Che Li memang bersaiz lebih dari A3. Kenapa?… Jawapannya senang nak wat “Regsitration Mark” tue jek… Macam membazir jekkan… Tapi kualitinye pasal, tiada kompromi.
Harap2 post kali nie lebih mudah difahamikan? Kalau tak paham jangan segan2 CONTACT, EMAIL atau CALL jek terus yea… Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT & BIKINBANNER”…. bubbye…
Ikhlas Dari : CHE LI & CHE NISAK
*tips : Selain wat macam Che Li, ade juga member2 print test atas tshirt kosong dulu. Dah cun baru proceed kat baju2 lain. Sama jek konsepnya.
**info : Nantikan langkah2 yang perlu diambil semasa membuat persediaan mencetak tshirt pada post akan datang. Memang menarik.










salam che li,
mcm mana nak exposenya?
tunggu nanti untuk post expose imej “Registration Point” plak…
salam cik li…
nak tye ape name pess putih yang cik li pkai utk lembut kan dye 2..n mcm mane nak bg dye lambat keras..sy buat 3 baju dye da mula nk keras kat mesk..huhu
thanks…
namanya reducer…
salam
ada kemusykilan sikit..tenteng photo emulsion..
bile saya sapu pada mesh dan biarkan kering..
kemudian lakukan proses tranfer image..bila
selasai saya basuh (sembur dgn air)..emulsion
saya turut d bersihkan sekali…apakah makna
nye nie?…ada apa yg silap?..cuma
musykil..sebab dulu buat menjadi je..baru2 nie
je dapat projek baru guna semula emulsion
tu..tapi mcm dah x leh guna je..harap dapat membantu…terima kasih
as salam, rasenya emulsion tue dh expire….
sebab menurut anda selama nie ok kan…
tp kalau baru bermaksud masa kena ditambah lagi untuk expose…
Salam che li saya nak tanya pelapit dalam baju yang paling sesuai berapa ukuran dan tebal papan tu skali…..
hehehe tak pernah ukur tapi:
1. beli papan 4′x8′…
2. Potong papan tue kepad dua secara memanjang…
3. potong setiap bahagian memanjang tue kepada 5… so total papan yang telah dipotong ialah 10 pcs…
Che Li wat cam tue jek… ekkeke…
che li ,,, nk print gambar tu pakai sortware ape ehhh?????
yu betul… saya pakai Illustrator…