Home » Meja Printing Tshirt

Meja Printing Tshirt

Salam bikintshirt kepada semua…. kali ni Che Li nak post pasal meja printing yang baru Che Li modified. Kalau semua pasan meja printing yang Che Li guna macam meja biasa jek kan. Sebab selama ni bila buat printing tshirt Che Li main pakai sistem tekap jek. Pakai sistem tekap ni memang makan masa cikit sebab semua nak kena adjust baru leh print. Memang dah lama Che Li nak wat sistem marking ni. Macam2 cara yang boleh dipakai sebenarnya, tapi akhirnya Che Li pakai yang rasanya sesuai kot dengan production line Che Li yang pakai 2 meja jek setakat ni. Yang penting fleksible dan jimat kos.

Meja yang dah ade Sistem Marking.

Kenapa penting sistem marking ni? Yang pertama bila print melibatkan lebih dari satu warna, sistem ni memang berguna. Sebabnya kalau takde marking proses yang selalu Che Li guna memang kena tekap dulu blok kat tshirt tue… Bila dan konfrim jatuh kat tempat yang sepatutnya baru lah boleh sapu dye tue. Lecehkan sebab kena ulang benda yang sama kat setiap tshirt. Tapi kalau pakai sistem marking nie, tshirt pertama jek yang kita adjust semua blok warna yang kita guna. Masuk tshirt setrusnya kita letak jek terus print…. kompom jatuh tempat sepatutnya. So masa printing pun jadik semakin cepat dan tidak memenatkan…. Pening tak nak paham…. Takpe nanti tunggu post terbaru pasal sistem marking nie yek…. Che Li pun belum cuba lagi sistem nie…. Tunggu la job terbaru nanti…. Che Li terangkan sekali gus semuanya….

Baru siap satu meja.

Marking pakai paku besar jek.

Selalunya kalau copmpany besar2 diorang pakai meja besi. Sistem marking pun pakai besi. Memang kukuh. Tapi Che Li rasa pakai kayu dan paku ni pun dah okey dah… Semuanya ikut kesesuaian dan keselesaan sebenarnya… Macam Che Li kena tampah budget kot… hehehe. Sistem dah siap nanti kena fokus kat blok dan expose plak… Sebab pakai sistem nie semua kena set awal2…. takpe nanti Che Li terangkan… tunggu la ek…. Akhir sekali “JOMBIKINTSHIRT” dan sudi2 la CONTACT dan EMAIL kalau berminat nak wat tshirt ngan Che Li yea… nak belajar pun boleh. Kalau susah CALL jek terus…. bubbye…

Ikhlas Dari : CHELI & CHE NISAK

Related Posts with Thumbnails

11 Responses to “Meja Printing Tshirt”

  1. skin kita sama lak yek? Saya kerja buat barang besi, marking memang penting kalu nak buat banyak dan saiz pun sama. Best la blog ni. leh tambah pengatahuan

  2. che li says:

    pasan jugak skin kita sama…. saya wat baju pada masa yg sama kongsi ilmu…. bak kata kawan saya “SHARING IS POWER”… :)

  3. wah bagusnya..saya bubuh kat lantai je..nk buat meja mcm ni rumah kecik..kene pindah rumah besar sikit kot..huhu

    neway sy masih tak faham sistem marking ni..ape fungsi paku tu? huhu..mybe che li leh tunjuk gambar time che li ngah print..

  4. che li says:

    tunggu ek post akan datang… nanti saya terangkan scara lebih jelas…. just singgah2 la selalu…

  5. bardbahtiar says:

    che li.. x sabar nk tgok meja printing che li ni..bleh la ajar sy….hehehe…

  6. Apih says:

    huhu. ada bakat..
    tempat aku kerja dulu meja sebiji²..
    ada la dalam 70 biji..
    2 meja panjang untuk print banner @ tuala @ bendera..
    memang sistem marking ni jimatkan masa dan kurangkan sakit pinggang. huhuh.. lepas marking satu meja terus boleh jalan.

  7. che li says:

    bolehnye….

  8. che li says:

    70 meja…. memang best la kalau ada macam tue banyak… bab sakit pinggang tue memang betul sangat… hehehehe

  9. abdullah says:

    aku dlu pun print atas lantai jer, ada sekali tu aku termasuk kt kdai cina, tengok cara depa wat registration n marking. skrg da apply , hasilnya mmg x menyesal.. sapa2 nak mula biz printing, wajib tau… betul tu che li kan?

  10. che li says:

    memang betul tue… memang berbaloi-baloi…

  11. kene pindah rumah baru leh buat mcm ni..
    skank umh flat..umah kecik..print atas lantai je..huhu
    insyaallah next month pindah rumah besar skit..
    lagi 1 nk tanye..che li sarung baju tu pakai kadboard
    or playwood?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>